Apakah yang dimaksudkan dengan "HARIMAU NADIR" yang ditemukan dalam ensiklopedia apabila membuat carian kata "nadir"? | Maksud "Harimau Nadir" ialah spesis harimau yang jarang ada/ditemui dan termasuk haiwan yang dilindungi. | Istilah | 24.10.2017 |
1) ... telah dibaham harimau... 2) ... telah dibaham oleh harimau ... yg mana satukah penggunaan yang betul? | Kedua-dua frasa ini "telah dibaham harimau" dan "telah dibaham oleh harimau", betul. | Tatabahasa | 22.08.2015 |
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama atau Manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belang | Maklumat yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, ialah "Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama" yang bermaksud orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Untuk maklumat lanjut harimau&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=harimau&d=11 | Lain-lain | 11.10.2015 |
Saya ingin tahu antara dua ayat yang berikut, mana satu adalah betul? 1. Harimau tinggal di dalam hutan. 2. Harimau tinggal di hutan dalam. | Ayat yang paling tepat ialah Harimau tinggal di dalam hutan. | Tatabahasa | 27.07.2015 |
Apakah pemenggalan suku kata bagi "harimau"? Adakah (ha-ri-ma-u) atau (ha-ri-mau)? Adakah "pemenggalan suku kata" dan "pemenggalan sebutan" bagi perkataan "harimau" serpa atau berbeza? Terima kasih. | Pemenggalan suku kata dan sebutan bagi perkataan harimau ialah ha.ri.mau. Pemenggalan suku kata dan sebutan boleh sama atau berbeza, contohnya perkataan kuih, penggal suku kata (ku.ih) dan penggal sebutan (kuih). | Tatabahasa | 02.04.2018 |
Jika harimau mengaum, kambing mengembek, Burung hantu bagaiman pula? terima kasih | Sila dapatkan jawapan anda dalam sistem carian laman dbp.gov.my Sekian Terima kasih. | Lain-lain | 28.05.2010 |
Rimau (harimau), depan (hadapan) dan lipan (halipan). Apakah istilah linguistik bagi perkataan-perkataan ini? Terima kasih. | Rimau (harimau), depan (hadapan) dan lipan (halipan) merupakan perkataan yang digunakan secara umum. Tiada istilah linguistik bagi perkataan yang dinyatakan. | Tatabahasa | 07.01.2013 |
HARIMAU TINGGAL DI DALAM HUTAN ATAU HARUMAU TINGGAL DI HUTAN DALAM? AYAT MANAKAH YANG BETUL? HUTAN DALAM BERERTI JAUH DALAM HUTAN MANAKALA DI DALAM HUTAN SEPERTI LEBIHAN AKJEFTIF. AYAT SEPERTI 'DI DALAM HUTAN TERDAPAT SEEKOR HARIMAU YANG GARANG' AYAT INI MEMANG BETUL. SILA CONFIRM KAN TERIMA KASIH. SEKIRANYA SAYA BERTANYA ' SAYA TINGGAL DI DALAM KAMPUNG ATAU SAYA TINGGAL DI KAMPUNG'? | 1. Harimau tinggal di dalam hutan. 2. Saya tinggal di kampung. | Tatabahasa | 28.07.2015 |
Assalamualaikum tuan/puan, Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada Kamus Dewan, berikut ialah perkataan yang sesuai bagi bunyi-bunyian haiwan: 1. Harimau mengaum 2. Anjing menyalak 3. Kucing mengiau 4. Burung berkicau 5. Ayam berkokok 6. Itik berkuek Apabila ditukarkan kepada sebuah objek (maaf jika saya tersilap istilah) seperti berikut; 1. Ngauman harimau 2. Salakan anjing 3. Ngiauan kucing 4. Kicauan burung 5. Kokokan ayam 6. "Kuekan" itik Adakah benar perkataan "kuekan" bagi itik seperti di atas? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'ber' bagi ayat seperti, "anjing bersalak"? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'me' bagi ayat seperti, "burung mengicau", "ayam mengokok" dan "itik menguek"? Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam puan, Penggunaan imbuhan yang mantap dan betul bagi bunyi-bunyian haiwan ialah harimau mengaum, anjing menyalak, kucing mengiau, burung berkicau, ayam berkokok dan itik berkuek. Ngauman harimau, salakan anjing, ngiauan kucing, kicauan burung dan kokokan ayam merupakan ayat pasif. Walau bagaimanapun, tiada perkataan kuekan, bersalak, mengicau, mengokok, menguek bagi bunyi-bunyian haiwan dalam entri kamus pihak kami dan adalah lebih baik jika pihak puan dapat menggunakan imbuhan yang telah mantap dan betul seperti yang disebutkan di atas. | Tatabahasa | 25.01.2018 |
Yang mana lebih tepat, mencetak gol atau mencatat gol Contoh ayat, " Bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu telah membantu pasukan Kelantan menjuarai Liga Super dengan mencatat/mencetak 14 gol | Ayat yang lebih tepat ialah " Bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu telah membantu pasukan Kelantan menjuarai Liga Super dengan mencatat 14 gol. | Istilah | 26.07.2018 |