'harta benda' atau 'harta-benda', yang manakah betul? | jawapan yang betul ialah harta benda | Tatabahasa | 15.09.2012 |
"Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan atau tiada kesalahan? | "Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." Ayat ini betul. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Aminah membalut buku-buku teks yang telah diberi oleh gurunya. Apakah nilai murni yang kita peroleh daripada ayat ini? Menghargai harta benda atau bertanggungjawab? | Kedua-dua nilai murni, iaitu menghargai harta benda dan bertanggungjawab boleh dikaitkan dengan ayat tersebut. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk guru di sekolah saudara. | Lain-lain | 01.05.2013 |
"...membayar pampasan berkenaan dengan kerosakan harta benda..." adakah perkataan "berkenaan dengan" dalam ayat diatas jatuh dibawah kesalahan kategori frasa kerja tak transitif? | Frasa "berkenaan dengan" adalah betul. | Tatabahasa | 01.11.2013 |
maksud modal sosial dan contohnya? | Merujuk Kamus Dewan, modal ialah wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal atau pokok utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan. Manakala sosial ialah segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan. Bagi memperoleh maksud frasa modal sosial, saudara hendaklah merujuk uku atau makalah yang berkaitan. Harap maklum. | Makna | 13.07.2008 |
apakah yang di maksudkan dengan vedualisme? | Maksud vandalisme ialah perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. | Makna | 20.03.2010 |
Terjemahan tema dengan istilah yang tepat. tema tersebut ialah WATCHING THE WEATHER TO PROTECT LIFE AND PROPERTY | Jawapan terjemahan yang dicadangkan untuk "WATCHING THE WEATHER TO PROTECT LIFE AND PROPERTY" adalah seperti yang berikut: 1. MEMANTAU CUACA UNTUK MELINDUNGI NYAWA DAN HARTA BENDA 2. PEMANTAUAN CUACA UNTUK PERLINDUNGAN NYAWA DAN HARTA BENDA | Tatabahasa | 05.03.2013 |
kes kecurian atau kes pencurian? apakah perbezaan antara kecurian dengan pencurian? sila beri cth, terima kasih. | Pencurian bermaksud perbuatan atau hal mencuri. Kecurian pula bermaksud kehilangan harta benda kerana kena curi. | Tatabahasa | 31.07.2013 |
Apakah yang dimaksudkan dengan Bendahara dalam bahasa Brunei | Kamus Dewan mengungkapkan makna dalam bahasa Melayu dan bendahara bermaksud 1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; 2. perdana menteri, wazir; 3. menteri dlm permainan catur. Walau bagaimanapun dalam bahasa Melayu Brunei makna bendahara ini mungkin sama atau mungkin juga tidak sama. | Makna | 23.10.2008 |
apakah maksud hutan kita khazanah kita? | Menurut Kamus Dewan, hutan bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar) atau rimba. Khazanah pula beerti barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan atau himpunan. (Erti khazanah - Melihat kepada konteks penggunaan ayat). Hutan kita khazanah kita bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar yang merupakan simpanan atau menjadi kepunyaan atau perlindungan kita (kerajaan, negara dan lain-lain). Contohnya hutan simpan atau hutan dara. Bagi memahami penggunaan kata hutan kita khazanah kita dengan lebih jelas, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 09.02.2007 |