Salam..mohon pandangan tuan, ayat manakah lebih sesuai bagi: "Ejen Hartanah" , "Ajen Hartanah" atau"Agen Hartanah" | Ejaan yang betul ialah Ejen Hartanah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ejen bermaksud 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual. Contohnya, 'barang-barang gudang kalau dibeli daripada ejennya tentu lebih murah' 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll). Contohnya, 'beberapa orang ejen musuh.' Agen pula bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dsb). Contohnya, agen pendebungaan; agen kimia | Ejaan | 20.01.2012 |
Yang manakah ejaan betul, Hartanah atau Harta Tanah? Terima kasih | Istilah hartanah dan harta tanah, kedua-duanya diterima. | Tatabahasa | 11.10.2013 |
"DENGAN INI PIHAK KAMI JUGA MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN MENGIKUT SURAT AKUJANJI PIHAK KAMI BERTARIKH OKTOBER 19,1995 DIKELUARKAN KEPADA BANK PEMBIAYAAN. PIHAK KAMI DI MINTA MENYERAHKAN HAKMILIK STRATA ASAL BAGI HARTANAH TERSEBUT KEPADA PEGUAM MEWAKILI BAGI PIHAK BANK PEMBIAYAAN IAITU HONG LEONG ISLAMIC BANK BHD UNTUK MEMBUAT GADAIAN." BOLEH SEMAK AYAT SAYA? | Berikut petikan yang telah disemak dengan beberapa pindaan. DENGAN INI PIHAK KAMI MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN MENGIKUT SURAT AKU JANJI PIHAK KAMI YANG BERTARIKH 19 OKTOBER 1995 DAN DIKELUARKAN KEPADA BANK PEMBIAYA. PIHAK KAMI DIMINTA MENYERAHKAN HAK MILIK STRATA ASAL BAGI HARTANAH TERSEBUT KEPADA PEGUAM YANG MEWAKILI PIHAK BANK PEMBIAYA IAITU HONG LEONG ISLAMIC BANK BHD UNTUK MEMBUAT GADAIAN. | Tatabahasa | 14.06.2013 |
Perkataan "Conveyancing" dalam industri Guaman merupakan istilah "Common Law" yang digunapakai sehingga hari ini. Ia merangkumi semua transaksi pindahmilik Hartanah, Saham, Dokumentasi Pinjaman Bank dan semua khidmat nasihat berkaitan pindakmilik harta, hak atau pun kepentingan bagi sesuatu milikan harta tidak alih & sekuriti (Immovable Properties & Securities). Perkataan asal nya ia lah "Convey" yang bermakna memindahmilik. Majlis Peguam Malaysia mempunyai beberapa Jawatankuasa dan salah satu dari nya ialah "Conveyancing Practice Committee" (CPC). Jawatankuasa ini merupakan badan yang membuat dasar, memberi panduan kepada peguam dan menyelesaikan pertikaian berkaitan dengan amalan Conveyancing. Memandangkan perkataan ini adalah Common Law term maka agak sukar bagi menterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia. Terjemahan yang paling hampir boleh didapati dalam penerbitan "ISTILAH UNDANG-UNDANG (Sweet & Maxwell, THIRD EDITION-2001) m/surat 47 :- convey - pindah-hak; memberi conveyance - pemindahhakkan conveyancing - pemindahhakkan; konveyansing Kami memohon nasihat & pandangan tuan sama ada boleh kami gunakan istilah;- "JAWATANKUASA AMALAN KONVEYANSING" sebagai terjemahan kepada Conveyancing Practice Committee. Sekian, pandangan dan nasihat DBP amat dihargai. Wasalam Hj Abd Murad Chairman Conveyancing Practice Committee Bar Council Malaysia | Untuik makluman istilah bahasa Melayu untuk conveyancing ialah pemindahhakan. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk Conveyancing Practice Committee ialah Jawatankuasa Amalan Pemindahhakan | Istilah | 01.03.2012 |
1)Sila definasikan Kadar Pulangan dalam Bahasa Malysia yang berasal dari perkataan Rate of Return dalam konteks Real Estate terms. 2) Sila definasikan Hartanah Perdagangan dalam Konteks Real Estate, | Makna kadar pulangan secara umum ialah jumlah atau banyaknya bayaran yang dikenakan ke atas hasil drpd atau pendapatan penanaman modal (pekerjaan, pemberian, perkhidmatan, dll). Saudara perlu menyemak istilah tersebut dan istilah Harta Tanah Perdangan dalam bidang Harta Tanah (Real Estate) di IPTA/IPTS yang mengendalikan kursus dalam bidang tersebut. | Istilah | 19.11.2008 |
Saya ingin bertanya apakah perkataan translasi yang sesuai untuk "Easy-Entry Package"? "Easy-Entry Package" ialah 1 pakej baru yang kami perkenalkan untuk pembeli hartanah SEDC. | Terjemahan yang sesuai untuk "Easy-Entry Package" dalam bahasa Melayu ialah pakej kemasukan mudah. | Istilah | 24.02.2009 |