bunga yang harum/bunga-bunga yang harum | Frasa 'bunga yang harum' atau 'bunga-bunga yang harum', kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 12.04.2011 |
Tuan, ayat mana yang betul? (1) bau harum durian menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah atau (2) bau harum durian yang menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah | "Yang" ialah kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Ayat "bau harum durian" ialah klausa utama dan "menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah" ialah klausa kecil yang lain. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "bau harum durian yang menusuk hidung, memenuhi ruang tamu rumah." | Tatabahasa | 16.05.2012 |
Harga untuk sekilogram buah mangga Harum Manis ini ialah/adalah RM4.50. | Harga untuk sekilogram buah mangga Harum Manis ini ialah RM4.50. | Tatabahasa | 30.04.2013 |
"Selain untuk pasaran tempatan, mangga Harum Manis ini juga dieksport ke luar negara," kata pengurus ladang itu. Betulkah ayat ini? | Penggunaan tatabahasa dalam ayat betul. | Tatabahasa | 29.04.2013 |
Bunga-bungaan di taman itu berkembang segar-bugar dan mengeluarkan bau yang sangat harum. MUNSYI, SEGAR-BUGAR WAJARLAH DIGANTIKAN DENGAN APA KATA? TQ | Buang perkataan segar-bugar dalam ayat tersebut. Rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
apakah maksud konsep spa aromaterapi? | Puan Bronica, Maksud spa aromatérapi ialah spa yang memberikan rawatan menggunakan minyak harum yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan utk melegakan rasa tegang, sakit dsb. | Makna | 18.01.2010 |
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi. | Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 23.07.2010 |
Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal. Manakala bagi soalan: 2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi. | Makna | 26.02.2009 |
salam sejahtera, 1. adakah perkataan ini :mendung, kuat, kecil, kencang, dan lebat, merupakan kata adjektif pancaindera? Jika ya,boleh tolong nyatakan sama ada deria dengar, lihat dll. tq | Perkataan yang diberi tidak tergolong dalam kata adjektif pancaindera. Contoh kata adjektif pancaindera: 1. Deria rasa - sedap dan masam 2. Deria pandang - cantik dan hodoh 3. Deria dengar - bising dan garau 4. Deria bau - harum dan busuk 5. Deria sentuh - halus dan keras Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tatabahasa Dewan, halaman 232. | Tatabahasa | 25.03.2012 |
ASLMK, Adakah Cerpen sama dengan Novel ? Dari. mahasiswa | Apa itu Cerpen
Ia sebuah karya kreatif yg singkat. Ia lazimnya membentangkan sebuah episod yg significant (mungkin boleh lebih sedikit jika anda punya cukup kemahiran menggarapinya) dan melibatkan watak yang amat terhad jumlahnya. Bentuk penulisan ini perlu pendek, tapi tepat; watak diperkenalkan secara dramatik ataupun penuh aksi, tapi jarang dibina dgn cukup sempurna. Sebuah cerita pendek juga lebih cenderung menumpukan perhatian kepada mood, daripada keseluruhan ceritanya.
ATAU
Untuk lebih mudah difaham, kita ibaratkanlah cerpen ini sebagai sebuah tumbuhan (misalnya, pohon bunga) di dalam pasu. yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga dan bau yang harum (atau mungkin juga tiada bau, bukan?) Bagaimana anda mempastikan bibit bunga yg anda tanam di dalam pasu itu, membesar subur hingga menjadi sebuah pohon bunga yg anda banggai? Ini tugas anda tentunya, untuk menyiram dan membajainya bila perlu. Jika anda menjaganya dgn cukup baik, mana tau mungkin pohon itu akan mengeluarkan bunga yang mengharum wangi dan dikagumi ramai? Bagaimana anda hendak memastikan pohon bunga anda ini, tersenarai sebagai antara pohon bunga terhebat dan termahal pada ketika itu? Misalnya, pohon bonsai yg berharga puluhan ribu satu pasu?
Definasi untuk sebuah novel
Novel mengendalikan perwatakan manusia dalam situasi sosial, manusia adalah makhluk sosial.
Novel menitik beratkan pada watak, terutama sekali pada watak yg cukup bulat - dibandingkan drpd plot.
Satu lagi ciri yang besar tentang novel adalah realism - penuh dgn laporan kehidupan manusia tulen.
ATAU
Untuk lebih mudah difahami, barangkali, kita andaikanlah novel itu ibaratkan sebuah pokok yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga, buah.
Bagaimana kita ingin memastikan pohon yang ditanam dari hanya sebutir benih ini membesar hingga menjadi pohon, dan mungkin jika bernasib baik ia berupaya pula menghasilkan buah yg lumayan untuk membalas budi anda - ini tugas anda sebagai `petaninya' (penulis) ... mungkin anda akan membajainya dgn baja yang berkualiti tinggi dan rajin pula anda menyiraminya dgn air yg bersih dan bukan yg telah tercemar oleh tumpahan toksid dr kilang dan sebagainya.
Terserahlah pada kita sendiri, kita mahukan cerpen atau novel yg bagaimana; yang subur rendang hingga mampu menghasilkan buah yg manis harum. Atau yg kering kontang hingga seluruh daunnya berguguran ke bumi? Atau lagi dahsyat, kita hanya tanam saja benih (idea) dan mengharapkan benih itu hidup sendiri. Dan kemudiannya kita hairan mengapa benih yg ditanam, lalang pula yg tumbuh. Ya, terserah.Azmah Nordin | Lain-lain | 08.09.2009 |