Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ru.man] | هارومن

Definisi : , harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haruman

Puisi
 

Isi mengisi dalam celepa,
     Hendak berisi haruman padi;
Kalau sekali tidak mengapa,
     Jangan sahaja mendua kali.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak Berkuasa Tempatan mewajibkan penggunaan TETUAN untuk semua permohonan pembangunan terutama untuk merujuk kepada pemohon syarikat yang bukan NATURAL PERSONS iaitu bukan pakatan beberapa orang tetapi hanya nama syarikat seperti contoh TETUAN HARUMAN MURNI SDN BHD. Apa yang saya faham ialah TETUAN asalnya adalah terjemahan Bahasa Inggeris bagi Messrs ialah makna seperti di bawah: plural of Mr (= title used before a man's name) used before the names of two or more men, usually in the title of a company: Messrs Wood and Laurence, solicitors Used as a title to refer formally to more than one man simultaneously, or in names of companies: Messrs Sotheby Jika benar Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan ini menyalahguna terma TETUAN, diharap DBP dapat memaklumkan mereka kerana penggunaan TETUAN ini berleluasa di papan-papantanda projek malah jika tidak diletakkan TETUAN pada permohonan pembangunan, permohonan tersebut akan ditolak. Mohon pencerahan. TerimakasihUntuk makluman, Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "tetuan" ialah panggilan yang biasa digunakan pada firma guaman. Oleh itu, sekiranya nama syarikat yang dipaparkan tersebut bukan firma guaman, perkataan "tetuan" tidak sesuai digunakan. Kami mengucapkan terima kasih atas makluman daripada pihak tuan. Pihak kami akan menyiasat perkara ini dan akan menghubungi pihak yang berkenaan sekiranya terdapat kesilapan tersebut. Istilah18.08.2016

Kembali ke atas