M Firdaus Harun Sep 7th, 7:59pm Assalamuaikum. Laman sesawang DBP tidak dapat diakses termasuklah Gerbang Kata dan PRPM. Harap maklum. | Kami mohon maaf atas kesukaran yang tuan/puan hadapi. Walau bagaimanapun, kini laman web kami boleh dilayari seperti biasa. | Lain-lain | 07.09.2015 |
Salam Satu Malaysia, 1. Pak Harun menyatakan bahawa dia sanggup bergolok-gadai demi membiayai pengajian anak tunggalnya di/ ke menara gading. (apakah kata sendi nama yang sesuai?) | Salam sejahtera, Penggunaan kata sendi yang betul ialah "di". Kata sendi "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Jadi, ayat yang betul ialah: Pak Harun menyatakan bahawa dia sanggup bergolok-gadai demi membiayai pengajian anak tunggalnya di menara gading. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.03.2018 |
Assalammualaikum... Saya mady nak tanya sikit Buku "Pasal Panglima Awang" Penulis Harun Aminurrasid Kluaran DBP ade jual lagi tak. TQ? | Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Tuan boleh menempah secara online atau telefon melalui lawan sesawang http://prpm.dbp.gov.my/ pada pautan e-Niaga. Sekiranya tuan berada di sekitar Kuala Lumpur boleh terus ke Koperasi DBP untuk memiliki buku tersebut. | Lain-lain | 20.02.2014 |
Barilyne Sakamoto Sep 19th, 5:22am Dear Sir or Madam, We are going through old open orders and came across one for "Traditional Malay Literature"/ Harun Mat Piah ... on purchase order #OUZM170636. We had ordered it on March 7, 2007 and never received it so please check on the status of the order whether it's on back order or has been cancelled. Sincerely yours, Barilyne Sakamoto ************************************************** University of Hawaii Library Acquisitions Dept., Receiving Section 2550 McCarthy Mall Honolulu, HI 96822 USA Ph. (808)956-2610, Fax (808)956-8596 Email: monorec@hawaii.edu ************************************************** | Kami akan semak dan majukan perkara ini kepada pihak yang berkaitan. Terima kasih. | Lain-lain | 19.09.2014 |
Bagaimanakah sejarah perkembangan bahasa Melayu sejak kemunculannya hinggalah ke hari ini? | Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , Bab 1; Harun Aminurrashid (1966), Kajian Sejarah Perkembangan bahasa Melayu (Singapura : Pustaka Melayu); Za'ba (1926), Kitab Bahasa Melayu (MPSI); Ismail Husin (1966), Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita (DBP). | Lain-lain | 16.03.2008 |
Nur Hidayah SAT 14:46 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya nak bertanya sesuatu. Di negara kita, siapakah penulis kreatif yang bukan dalam bidang penulisan selain drpada Nisah Harun, Shahkang dan sebagainya? Boleh saya dapat senarai penulis yang bukan dalam bidang karya penulisan kreatif ? TERIMA KASIH | Salam, Untuk makluman, pihak kami tidak ada menyimpan sebarang data berkenaan perkara tersebut. | Lain-lain | 11.03.2017 |
Sallehuddin Ibrahim Jul 31st, 3:57pm Adalah dimaklumkan, saya telah menghubungi Tuan Haji Sulaiman bin Kaiaat melalui e-mel dan dimaklumkan kertas Cadangan Bacaton telah dipanjangkan kepada Haji Halim Harun setelah beliau mengadakan perbincangan bersama JK Kembara Bahasa 2015. Adakah ini bermakna penyertaan bacaton tidak relevan dalam Kembara Bahasa 2015. Saya juga sedang menunggu keputusan hasil perbincangan En Azhar Mohammad Dora bersama JK BBK sebagai jawapan kepada surat permohonan yang saya hantar kepada TKPO bertarilkh 1 Julai 2015. dan susulan pertanyaan secara e-mel. Mohon maaf atas pertanyaan susulan saya melalui ruangan ini. Adakah saya berhak untuk mendapat jawapan rasmi kepada surat yang telah saya majukan dan diberikan penjelasan atas faktor apa cadangan kami tidak dapat direalisasikan sekiranya ada dinyatakan dalam Piagam pelanggan DBP. Terima kasih | Ruangan ini memberikan tumpuan untuk menjawab permasalahan bahasa dalam kalangan pengguna. Atas semangat organisasi kami cuba membantu tuan menangani isu ini, namun kami juga tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang hal yang tersebut. Berdasarkan maklumat yang tuan berikan, kami mencadangkan tuan menghubungi pegawai yang berkenaan, Encik Azhar Mohammad Dora melalui talian 03-41012391 atau e-mel azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 31.07.2015 |
Bagaimanakah sejarah perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-17? | Sejarah perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-17 dibincangkan secara ringkas dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, BaB 1. Rujuk juga buku Harun Aminurrashid (1966), Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (Singapura : Pustaka Melayu); dan Za'ba (1926), Kitab Bahasa Melayu (MPSI). | Lain-lain | 16.03.2008 |
Saya ingin bertanyakan maksud perkataan: -AIR SIRIH NAIK KE KENING, AIR PINANG NAIK KE MUKA. -GARAM TAK MASIN ASAM TAK MARI, PECAH LIUR KECAP DIBIBIR, yang diambil dan diadaptasi daripada kumpulan mantera melayu ulit mayang - harun daud Terima kasih | Tidak ada maklumat tentang petikan teks tersebut dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 26.02.2015 |
(1) Kata ganti nama encik masih boleh digunakan untuk wanita seperti yang terdapat dalam filem Melayu hitam putih. (2) Kata ganti nama cik pula boleh digunakan untuk lelaki seperti Cik Abu, Cik Bakar dan Cik Harun. (3) Adakah sumber rujukan berwibawa terbitan DBP yang mengatakan kata ganti nama cik itu khusus untuk wanita yang sudah berkahwin? Mohon penjelasan. | Dalam Kamus Dewan encik ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau gelaran yang digunakan sebelum nama orang lelaki yang tidak mempunyai sebarang gelaran seperti Datuk, Tengku, dan sebagainya, manakala cik biasanya digunakan sebelum nama perempuan yang belum berkahwin atau sewaktu bercakap dengan perempuan atau lelaki yang tidak begitu dikenali. | Makna | 19.09.2009 |