Kita harus mahu mematuhi undang-undang. Adakah ayat-ayat songsang berikut betul? (A) Mematuhi undang-undang kita harus mahu. (B) Undang-undang kita harus mahu mematuhi. | Ayat yang gramatis ialah "Kita harus mematuhi undang-undang". Ayat ini boleh disongsangkan menjadi "Harus mematuhi undang-undang kita". | Tatabahasa | 03.11.2015 |
Adakah kata bantu harus diletakkan di depan kata ganti diri pertama dan kedua dalam ayat tanya? Contoh: Mengapakah harus saya bangun awal ketika cuti? ATAU Mengapakah saya harus bangun awal ketika cuti? Terima kasih. | Kata bantu"harus" hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ayat yang betul ialah "Mengapakah saya harus bangun awal ketika cuti?". | Tatabahasa | 16.05.2013 |
Saya ingin menjadi seorang penulis novel/cerpen, bagaimana dan di mana saya harus bermula?? | Saudara harus membaca buku-buku yang berkaitan dengan penulisan novel dan cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit lain. Selain itu, saudara harus menganggotai persatuan penulis agar dapat mengikuti kursus atau bimbingan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut. Saudara juga disarankan supaya berkawan dengan penulis yang terkenal untuk mempelajari teknik-teknik penulisan penulis tersebut. Saudara boleh menghantar cerpen kepada editor yang menangani penerbitan majalah di Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 06.02.2008 |
Harus Jujur Aug 14th, 5:44pm Maaf..saya ada soalan..bole saya tahu, adakah bahasa pendidikan melayu di malaysia sama seperti bahasa melayu pendidikan di singapura?..sbb saya ada dpt contoh dari pelajar di malaysia(sepupu) tentang ejaan bahasa melayu yg betul..kerana muskil saya bertanya di lelaman ini..jutaan terima kasih. | Sistem bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Singapura adalah sama. Malahan Singapura juga menjadi pemerhati dalam Sidang MABBIM, iaitu Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia. Walaupun begitu aspek budaya antara kedua-dua negara tidaklah sama seratus peratus. Hal ini memberikan kesan kepada aspek sosiolinguistik dalam bahasa tersebut. | Lain-lain | 14.08.2015 |
Ayat: Kamu harus melakukan segala-gala yang saya perintahkan. Bolehkah ayat di atas diubah bentuk menjadi sedemikian: (1) Segala-gala yang saya perintahan harus kamu lakukan. (2) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukan. (3) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukannya. (1) berupa ayat pasif, tetapi saya kurang pasti dengan (2) dan (3). Terima kasih | Ayat pasif yang betul ialah Segala-gala yang saya perintahkan harus kamu lakukan. Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
1. Kita harus bersikap bertanggungjawab. / Kita harus bertanggungjawab. 2. Kita patut bersikap bermurah hati. / Kita patut bermurah hati. | Saudara Ang, Ayat yang dikemukakan kesemuanya tidak salah. Penggunaannya bergantung pada gaya dan cara penyampaian penulis. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
Salam pagi, Ayat yang manakah lebih gramatis: 1) Kita harus mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti 2) Kita harus menimbangkan perkara tersebut dengan teliti 3) Kita harus timbangkan perkara tersebut dengan teliti. terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah Kita harus mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti.
| Tatabahasa | 13.10.2015 |
Salam sejahtera, 1. Kita harus meminta maaf daripada / dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kita harus guna daripada atau dengan dalam ayat di atas?) 2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa. (boleh tambah pada sebelum setiap masa?) 3. Ibu bapa mendidik kita sejak dari kecil / sejak kecil.( sejak kecil / sejak dari kecil). Terima kasih. | Ayat yang tepat: 1. Kita harus meminta maaf daripada/dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kedua-dua perkataan boleh digunakan) 2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa. 3. Ibu bapa mendidik kita sejak sejak kecil. | Tatabahasa | 17.07.2018 |
TUAN / PUAN Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya ATAU Kita harus memadam suis televisyen setelah selesai nemontonnya | Ayat yang gramatis ialah Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya. | Tatabahasa | 03.11.2016 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'sang'. Contoh : '...oleh Sang ....'. Perkataan sang itu harus dikecilkan atau harus menggunakan huruf besar? Sekian terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya. | Tatabahasa | 20.01.2015 |