Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haruslah

Peribahasa

Keras ditakik,
     lunak disudu.

Bermaksud :

Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.

 

Lihat selanjutnya...(14)

500

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Di mana ranting patah, di situ air disauk

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana ranting patah, di situ air disauk!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah tepat tanda bacaannya. A) Kita haruslah menghargai masa contohnya Siti bangun awal setiap pagi. B) Kita haruslah menghargai masa. Contohnya, Siti bangun awal setiap hari. C) Kita haruslah menghargai masa contohnya, Siti bangun awal setiap hari.Kita haruslah menghargai masa. Contohnya, Siti bangun awal setiap hari.Tatabahasa17.02.2014
1)Amalan menabung haruslah diamalkan 'sejak dari' kecil lagi. 2)Amalan menabung haruslah diamalkan 'sejak' kecil lagi.Amalan menabung haruslah diamalkan sejak kecil lagi.Tatabahasa21.04.2011
Sila pilih ayat yang betul. (a) Kita haruslah mengelakkan diri dari gejala sosial. (b) Kita haruslah mengelakkan diri daripada gejala sosial.Berdasarkan cadangan jawapan, yang betul ialah Kita haruslah mengelakkan diri daripada gejala sosial.Lain-lain25.08.2021
Ayat yang manakah betul? A) ibu bapa haruslah memberikan penekanan tentang pendidikan agama dan moral. B) ibu bapa haruslah memberikan penekanan terhadap pendidikan agama dan moral.A) ibu bapa haruslah memberikan penekanan tentang pendidikan agama dan moral.Tatabahasa21.03.2012
Ayat manakah yang betul? A) Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya tidak menjadi lebih serius lagi. B) Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya masalah ini tidak menjadi lebih serius lagi.

Ayat yang betul ialah "Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya tidak menjadi lebih serius lagi".

 

Tatabahasa30.05.2011
Remaja haruslah mengacu-acukan aktiviti kesedaran untuk mengelakkan anak terjebak dalam gejala sosial Tuan,Saya nak tanya manakah satu kosa kata sesuai digunakan dalam ayat ini?Perkataan mengacu-acukan tidak sesuai digunakan dalam ayat ini. Perkataan yang sesuai ialah menganjurkan atau mengadakan.Tatabahasa08.01.2021
Kit haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena sudah terhantuk baru tergadah. Apakah kesalahan istilah ‘menjauhkan diri’ dalam ayat ini jika saya nak tahu ‘menjauhkan diri’tukar kepada kesalahan istilahSoalan kurang jelas. Sila nyatakan soalan dengan lebih jelas untuk pihak kami memberikan maklum balas yang bersesuaian berdasarkan konteks tersebut.
Lain-lain05.01.2021
1. Kita haruslah sentiasa mendengar nasihat ibu dan ayah agar belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. adalah ayat ini betul?Ayat tersebut betul.Tatabahasa27.09.2024
Ayat: Kita haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Adakah perkataan 'untuk' dalam ayat di atas merupakan kata sendi nama?Perkataan "untuk" dalam ayat ini berfungsi sebagai kata hubung, bukan kata sendi nama.Tatabahasa14.10.2021
Amalan menebang haruslah diamalkan sejak kecil lagi(betul atau salah?)betulTatabahasa15.06.2011
12345678910...

Kembali ke atas