Saya Hasanah awae berlajar Saya ingin bertnya tentang bahasa melayu apakah makna perkhidmat | Perkhidmatan membawa maksud 1. perbuatan atau hal berkhidmat; 2. kerja, usaha, kemudahan dan lain-lain untuk kepentingan orang ramai. | Makna | 29.10.2015 |
Saya hasanah Awae belajar melayu dan Saya ingin bertanya tentang bahasa apakah makna sektor | Sektor mempunyai beberapa maksud, antaranya termasuklah bidang dalam sesuatu kegiatan. Untuk mencari makna kata, sila gunakan kemudahan yang disediakan dalam laman web kami. | Lain-lain | 30.10.2015 |
Adakah perkataan 'uswah hasanah' yang bermaksud contoh teladan baik merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w boleh digunakan dalam Bahasa Melayu | Maksud uswah hasanah ialah contoh teladan yang baik yang merujuk kepada Nabi Mohamad SAW. Perkataan tersebut boleh digunakan untuk tujuan tersebut. | Makna | 01.03.2007 |
Adakah perkataan 'qudwah' wujud dalam bahasa Melayu? Guru saya menggunakan frasa 'qudwah hasanah', padahal hanya frasa 'uswah hasanah' dapat dijumpai dalam kamus. | Perkataan qudwah tidak terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. | Lain-lain | 05.05.2020 |
Adakah ayat-ayat berikut dibina dengan betul: "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." "Datuk saya menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." Terima Kasih. | Jawapan: 1. "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." - betul 2. "Datuk menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." - 'saya' tidak perlu diulang. | Tatabahasa | 04.11.2015 |
Apa perkaitan antara hukum DM dan frasa/ayat songsang ? | Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan m= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua. Contohnya: Restoran Hasanah, kereta Proton, guru bahasa. Kekecualian boleh berlaku akibat kebiasaan penggunaan, terutama pada jawatan. Contohnya:Perdana Menteri. (rujuk Ayat songsang ialah susunan ayat yang berlawanan dengan pola ayat biasa. Ayat biasa ialah subjek + predikat. Contohnya: Kucing itu comel. Ayat songsang mempunyai susunan predikat + subjek. Contohnya: Comel kucing itu. | Tatabahasa | 09.05.2011 |
Rajvinderjeet Singh Mar 3rd, 1:47pm Saya ingit bertanyakan tentang hukum DM. Apakah itu hukum DM | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Mar 3rd, 3:49pm Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan m= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua. Contohnya: Restoran Hasanah, kereta Proton, guru bahasa. Kekecualian boleh berlaku akibat kebiasaan penggunaan, terutama pada jawatan. Contohnya:Perdana Menteri. | Istilah | 03.03.2015 |