Beg tangan itu_____ hasil hasil tangan dari negara Jepun. A. ialah B. adalah Jawapan mana satu yang betul. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah: Beg tangan itu ialah hasil tangan dari negara Jepun. | Tatabahasa | 25.05.2012 |
Assalamualaikum. Saya ingin kemukakan beberapa pertanyaan. Mohon dapatkan jawapan dan penjelasan. 1. Perbezaan frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK. 2. Tepat atau tidak penggunaan kata iaitu HASIL LAUT KERING bagi menggambarkan hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. 3. JERUK MADU PAK ALI. Betul atau tidak maksud ungkapan ini membawa dua makna iaitu: i. Jenama jeruk milik Pak Ali yang dikenali sebagai JERUK MADU ii. Hasil perniagaan jeruk ini dimiliki oleh isteri-isteri Pak Ali, kerana kehidupan bermadu oleh Pak Ali. Terima kasih atas bantuan yang diberi. Sekadar menambah pengetahuan kebahasaan. ISMAIL BIN HASHIM BALING KEDAH. | 1. Frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK sama maksudnya, perbezaan pada meletakkan kata adverba "selalu" selepas dan sebelum kata kerja. 2. Frasa HASIL LAUT KERING tidak dapat menerangkan maksud hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. Hal ini perlu diterangkan dalam frasa yang lebih jelas seperti hasil laut yang dikeringkan. 3. Frasa JERUK MADU PAK ALI menerangkan maksud jeruk madu milik Pak Ali. Mana mungkin frasa tersebut menerangkan maksud jeruk milik isteri-isteri Pak Ali kerana jika mengikut frasa "Jeruk Madu Pak Ali", Pak Ali yang bermadu (bersalahan dari aspek bahasa dan syarak). | Tatabahasa | 02.12.2014 |
Apakah kata pemeri yang tepat untuk perkataan hasil? Adakah hasil merupakan kata nama.... Dalam Kamus Dewan kata pemeri adalah digunakan sebelum perkataaan hasil (rujuk contoh ayat bagi perkataan 'hasil'. Terima kasih. | Merujuk buku Tatabahasa kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh itu, dalam contoh yang saudara berikan penggunaan kata pemeri yang betul "... ialah hasil ...". | Tatabahasa | 14.07.2009 |
Berdasarkan laman http://prpm.dbp.gov.my/, yang berikut ialah keputusan semakan ejaan selsema/selesema: 1. selsema Tiada di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1991) - 2 hasil carian Istilah Malaysia - 1 hasil carian Istilah MABBIM - 1 hasil carian Bahasa Sukuan - 1 hasil carian Kamus Thai Melayu Dewan (2008) - 1 hasil carian Jumlah: 6 hasil carian 2. selesema Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 24 hasil carian Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008) - 8 hasil carian Kamus Pelajar (1987) - 5 hasil carian Kamus Inggeris Melayu Dewan (1991) - 48 hasil carian Istilah Malaysia - 10 hasil carian Kamus Sains - 1 hasil carian Kamus Thai Melayu Dewan (2008) - 1 hasil carian Jumlah: 97 hasil carian Dengan hasil carian seumpamanya (kedua-dua bentuk ejaan terdapat di dalam rujukan berkenaan), persoalan di sini, ejaan yang manakah sebenarnya yang diterima pakai oleh DBP? Kedua, adakah kedua-dua bentuk ejaan boleh diterima atau hanya perlu berpegang pada satu bentuk sahaja? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah selesema dan kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 24.01.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan pengarang dan kepengarangan "pak sako"??serta contoh dan rujukannya. | Maksud pengarang ialah tentang diri pengarang tersebut seperti latar belakang/biodata (tarikh lahir, tempat lahir, pendidikan, keluarga dan sebagainya). Kepengarangan pula ialah hasil-hasil karya yang dihasilkan (contoh: genre puisi, cerpen, novel, rencana, esei/kritikan, drama dan sebagainya). Antara karya-karya (novel) penting Pak Sako ialah Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Sidang Serangga. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 13.07.2009 |
Saya ingin tahu hasil dari itu atau hasil daripada itu. ditumpukan pada atau ditumpukan kepada Bila kita menggunakan pada dan kepada; dari dan daripada terima kasih | Hasil daripada................ | Tatabahasa | 26.04.2010 |
Assalamualaikum. Soalan pertama, apakah nama hasil karya yang isi kandungan utamanya diambil daripada sesebuah buku dengan penambahan-penambahan isi daripada pengarang hasil karya itu sendiri? Hasil karya tersebut pula bukan berbentuk ringkasan, terjemahan, atau rumusan. Soalan kedua, adakah pihak DBP ada menerbitkan kamus istilah-istilah ilmu hadis? Jika ada, boleh saya tahu bagaimanakah cara untuk mendapatkannya? | Assalamu`alaikum. Terima kasih menggunakan Khidmat Nasihat DBP. Jawapan: Soalan pertama: Pengambilan hasil karya orang lain adalah menyalahi Undang-undang Hak Cipta. Soalan kedua: DBP telah menerbitkan Glosari Hadis pada tahun 1994. | Lain-lain | 10.01.2011 |
A melawat ke pameran hasil kraf tangan B melawat ke Pameran Hasil Kraf Tangan mana satu betul? adakah kedua-dua betul berdasarkan keadaan? ini kerana tiada kain rentang/ gambar menulis Pameran Hasil Kraf Tangan maka boleh tulis melawat ke pameran hasil kraf tangan | Jika kain rentang, boleh ditulis seperti yang berikut: - Pameran Kraf Tangan
- Selamat Datang ke Pameran Kraf Tangan
Jika ayat biasa bolehlah ditulis seperti yang berikut: - [Subjek] melawat ke pameran hasil kraf tangan.
- [Subjek] melawat ke Pameran Hasil Kraf Tangan Kebangsaan 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
| Tatabahasa | 16.07.2014 |
Mohon bertanya apakah yang membezakan penggunaan dua perkataan di bawah, adakah ia mempunyai perbezaan makna dan fungsi? Pengarang Penulis Kepengarangan Penulisan Terima kasih. | Maksud "pengarang" / "penulis" ialah tentang diri pengarang tersebut seperti latar belakang/biodata (tarikh lahir, tempat lahir, pendidikan, keluarga dan sebagainya)."Kepengarangan" pula ialah hasil-hasil karya yang dihasilkan (contoh: genre puisi, cerpen, novel, rencana, esei/kritikan, drama dan sebagainya). | Sastera | 16.09.2019 |
hasil kajian atau keputusan kajian? | Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.07.2014 |