Antara perkataan meramu dan melonggok, yang manakah sesuai digunakan bagi kegiatan pengumpulan hasil hutan? | Menurut Kamus Dewan Edisi K-4, meramu bermaksud mencari bahan-bahan (kayu, ubat dan lain-lain) untuk dipakai atau digunakan. Melonggok pula ialah menghimpunkan atau menimbunkan sesuatu. Dalam konteks ayat saudara, yang sesuai ialah "pelonggokan". | Tatabahasa | 08.09.2009 |
Adakah Siri Kamus istilah MABBIM Kamus Perhutanan:Pengurusan Hutan, mempunyai bentuk istilah yang mengandungi pembentukan kata atau tidak? Adakah kamus istilah dalam bidang ini mengandungi bentuk istilah yang digubal secara asli ataupun yang dipinjam? | Saudara, Istilah yang dibentuk menerapkan pedoman pembentukan istilah seperti yang terkandung di dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah hasil sidang MABBIM. Bentuk istilah digubal mengikut kaedah yang ditentukan di dalam buku pedoman tersebut , iaitu istilah bahasa Inggeris diberi padanan kata bahasa Melayu jati atau padanan kata tersebut dipinjam dan disesuaikan bentuk ejaannya mengikut pedoman sedia ada. | Lain-lain | 12.02.2010 |
Kami ingin memodenkan perkataan 'Latisan' dari Bahasa Malaysia kepada Latisa sebagai nama yang neutral dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris, bagi tujuan penamaan perusahaan kawasan komersial di Kulai, Johor Bharu. Adakah nama tersebut tepat/ dibenarkan/ sesuai? | Dalam Kmjus Dewan Edisi Keempat, "latisan" bermaksud denai atau jalan dalam hutan atau rintisan. Berdsarkan maksud tersebut, kami berpendapat "latisan" tidak sesuai digunakan untuk penamaan sebuah kawasan komersial. Kami berharap pihak tuan memilih nama lain yang lebih sesuai dan mempunyai ciri keindahan bahasa Melayu. Nama yang diberikan boleh diambil daripada perkataan yang berunsurkan alam tempatan seperti tumbuh-tumbuhan, hasil bumi dan sebagainya. | Makna | 05.12.2016 |