| Sungai membekalkan kita hasil laut/sungai? Terima kasih. | Merujuk contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan hasil laut dan hasil sungai boleh digunakan. Sebagai contoh, hasil laut digunakan bagi merujuk produk yang diperoleh dari laut dan hasil sungai bagi merujuk produk yang diperoleh dari sungai. | Lain-lain | 19.08.2021 |
| translate bahasa malayu ke bahasa jawi untuk buat signboard. (Kedai Daging Tidak Halal dan Produk Hasil Laut) | Ejaan Jawi untuk KEDAI DADING TIDAK HALAL DAN PRODUK HASIL LAUT: كداي داڬيڠ تيدق حلال دان ڤرودوک حاصيل لاءوت | Lain-lain | 23.12.2020 |
| translate bahasa malayu ke bahasa jawi untuk buat signboard. (Kedai Hasil Laut Dan Daging Tidak Halal .) | Sila pastikan keterangan aktiviti perniagaan ditulis sebaris KEDAI HASIL LAUT DAN DAGING TIDAK HALAL: كداي حاصيل لاءوت دان داڬيڠ تيدق حلال
| Lain-lain | 23.12.2020 |
| Assalamualaikum. Saya ingin kemukakan beberapa pertanyaan. Mohon dapatkan jawapan dan penjelasan. 1. Perbezaan frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK. 2. Tepat atau tidak penggunaan kata iaitu HASIL LAUT KERING bagi menggambarkan hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. 3. JERUK MADU PAK ALI. Betul atau tidak maksud ungkapan ini membawa dua makna iaitu: i. Jenama jeruk milik Pak Ali yang dikenali sebagai JERUK MADU ii. Hasil perniagaan jeruk ini dimiliki oleh isteri-isteri Pak Ali, kerana kehidupan bermadu oleh Pak Ali. Terima kasih atas bantuan yang diberi. Sekadar menambah pengetahuan kebahasaan. ISMAIL BIN HASHIM BALING KEDAH. | 1. Frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK sama maksudnya, perbezaan pada meletakkan kata adverba "selalu" selepas dan sebelum kata kerja. 2. Frasa HASIL LAUT KERING tidak dapat menerangkan maksud hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. Hal ini perlu diterangkan dalam frasa yang lebih jelas seperti hasil laut yang dikeringkan. 3. Frasa JERUK MADU PAK ALI menerangkan maksud jeruk madu milik Pak Ali. Mana mungkin frasa tersebut menerangkan maksud jeruk milik isteri-isteri Pak Ali kerana jika mengikut frasa "Jeruk Madu Pak Ali", Pak Ali yang bermadu (bersalahan dari aspek bahasa dan syarak). | Tatabahasa | 02.12.2014 |
| Jika pemayur adalah padanan bagi istilah vegetarian, bagaimana pula pescatarian (hanya makan hasil laut seperti ikan, kerang-kerangan dan sayur-sayuran darat tanpa ayam/daging), pollotarian (mendapatkan sumber protein haiwan daripada ayam sahaja bukan daging atau ikan) dan vegan (seseorang yang tidak makan atau menggunakan apa - apa yang dihasilkan daripada haiwan misalnya belulang untuk kasut kulit dan sebagainya). | Belum ada lagi padanan bagi perkataan pescatarian dan pollotarian. Dalam teks Bahasa Melayu kedua-dua perkataan ini dihuraikan berdasarkan konsep makna perkataan tersebut sepertimana vegan, huraiannya orang yang makan sayur dan buah-buahan sahaja.
| Istilah | 13.03.2018 |
| Assalam....boleh saya dapatkan maksud nelayan pesisir pantai | Menurut Imron (2003) dalam Mulyadi (2005), nelayan adalah suatu kelompok masyarakat yang kehidupannya tergantung langsung pada hasil laut, baik dengan cara melakukan penangkapan ataupun budidaya. Mereka pada umumnya tinggal di pinggir pantai, sebuah lingkungan pemukiman yang dekat dengan lokasi kegiatannya. Maksud istilah nelayan pesisiran pantai merujuk kepada penduduk yang berada di persisiran pantai yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan di laut dan dikenali sebagai nelayan di sesebuah tempat tersebut. | Makna | 30.11.2016 |
| Saya pernah mendengar perkataan Hasil mansul atau masul bumi/laut. Apabila saya gunakannya. Rakan sepejabat mengatakan dia tidak pernah mendengar perkataan tersebut. Dan ramai diantara kawan-kawan pun belum pernah dengar. Saya harap tuan dapat memberikan penjelasan sama ada pengunaan bahasa itu betul atau salah. | Penggunaan yang betul ialah hasil mahsul yang bermaksud hasil sesebuah negara (yang dieksport). Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 976. | Makna | 15.05.2008 |
| Apakah pendapat pihak DBP mengenai nama menu produk makanan hasil gabungan perkataan Melayu dan Inggeris? Contoh: Keropok Seaweed, Popcorn Tuna, Popia Tuna Crispy? | Untuk nama menu yang mempunyai padanan dalam bahasa Melayu, penggunaan bahasa Melayu perlulah diutamakan. Contoh: keropok rumpai laut, bertih jagung tuna, popia tuna rangup. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.07.2022 |
| selamat tengah hari.saya nak tanya maksud bagi; 1.dasar 2.fiskal 3.kaitan kedua-duanya terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dasar bermaksud bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll), manakala fiskal pula ialah 1. pegawai kehakiman (lebih rendah drpd jaksa); 2. bkn kewangan atau hasil pendapatan kerajaan (spt cukai dll). Walau bagaimanapun, padanan bagi perkataan dasar fiskal ialah dasar belanjawan, dasar kewangan. | Lain-lain | 16.03.2010 |
| apakah perbezaan perkataan kedudukan dan cabaran? | Makna kedudukan ialah 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (ekonomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;. Cabaran pula ialah 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~;. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.06.2010 |