Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.si.lan] | حاصيلن

Definisi : hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu: TV3 telah mengadakan slot cerekarama yg menayangkan drama-drama ~ pengusaha tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hasilan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan sebelum ini adalah dirujuk. Pilihan lain yang menjadi persoalan kami bagi ayat - Its produce and products ialah 'hasilan dan produk haiwan'. Justeru mohon diperjelaskan dan diperbetulkan; 1. hasil dan hasilan, atau 2. hasilan dan produk?Daripada rujukan kamus dan istilah,  'produce and products'  mempunyai beberapa padanan berdasarkan bidang. Makna ' produce' ialah hasil, manakala ' product' ialah hasil dan keluaran. Sekiranya merujuk bidang Veterinar, lazimnya digunakan hasil haiwan dan hasil tenusu.  Dalam cadangan yang diberikan, iaitu 'hasil dan hasilan' adalah kurang tepat kerana 'hasilan' bermaksud hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu. Maksud 'produk' pula ialah sesuatu (barang, perkhidmatan dsb) yg dikeluarkan oleh kilang, atau ditawarkan oleh institusi dsb.  Pihak kami mencadangkan padanannya ialah 'hasil dan keluaran'. Hasil seperti susu dan daging, manakala produk mungkin dalam bentuk keju dan nuget.Penyemakan dan penterjemahan25.03.2010
Pengusahasilan hutan atau Pengusaha hasilan hutan?Frasa yang tepat ialah pengusaha hasilan hutan.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2025
nak tahu mengenai terminologi:- limau,belimbing dll = hasilan buah-buahan daging,ayam,kembing = ternakan kerepek ubi,pisang = ????? sila maklumkan pd saya.Soalan saudara tidak jelas. Aspek apakah yang saudara ingin tahu? sekiranya tentang makna saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain22.02.2008
Tuan, selamat pagi. Saya ingin bertanya mengenai kata sendi: oleh dan daripada. Terdapat banyak produk hasilan yang diberikan oleh lembu kepada kita. 1. Adakah ayat ini gramatis? 2. kata sendi oleh, adakah betul? atau perlu digantikan dengan daripada? Mohon pencerahan. Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.

Ayat yang gramatis ialah Terdapat banyak produk yang dihasilkan daripada lembu untuk kita.

Kata sendi daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan.

Tatabahasa29.10.2021
Apakah perbezaan penggunaan perkataan "usaha sama" dengan "kerjasama"? Terima kasihUsaha sama membawa maksud perusahaan (kegiatan, peng-hasilan, perniagaan, dll) yg diusahakan ber-sama oleh dua atau beberapa pengusaha (syarikat dll) sbg suatu perkongsian. Manakala, kerjasama membawa maksud 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama. kerjasama merupakan kata nama  bagi padanan bahasa Inggeris "collaboration". Manakala, usaha sama kata adjektif bagi padanan "collaborative"

Makna29.04.2015
Saya memerlukan maklumat (biodata lengkap) 5 orang penyajak berasal dari negeri perak beserta beberapa contoh(1 penyajak 1 hasilan sajak mereka) untuk rujukan saya menyiapkan kertas kerja sayaSdr. dicadangkan membuat rujukan bahan tersebut di mana-mana perpustakaan negeri atau perpustakaan IPTA yang berhampiran tempat tinggal sdr. Juga sdr. boleh membuat rujukan di perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain28.10.2008
Ke hadapan Tuan/Puan, Selamat sejahtera. Saya dengan ikhlasnya ingin meminta panduan untuk penerbitan sajak di bawah penerbitan dewan bahasa dan pustaka. Sesungguhnya, koleksi sajak ini menghampiri satu dekad lamanya dan gaya-gaya yang terkandung di dalam penulisan sajak-sajak hasilan ini amat sayang jika dibiar tersimpan dalam laci. Saya berharap mendapat peluang dan panduan untuk proses penerbitan ini. Sekian,terima kasih. Yang benar, John ChongSaudara boleh menghantar sajak-sajak saudara itu kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dinilai. Sekiranya sesuai, sajak saudara akan disiarkan dalam majalah-majalah terbitan DBP.Lain-lain22.05.2011

Kembali ke atas