Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hasilnya

Peribahasa

Asal ditugal,
     adalah benih.

Bermaksud :

Sesuatu usaha tentu ada hasilnya. tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
‎"berbanding" atau "berbanding dengan"? Rujukan pangkalan data PRPM telah dibuat, dan hasilnya bercanggah. Jadi, mohon kepastian yang benar-benar muktamad tentang kes ini sebab kalau tak silap, "berbanding" berbeza daripada "berkaitan", "berhubung" atau "berhampiran" yang semua tiga perkataan ini memerlukan "dengan" di belakang. Lebih baik jika jawapan disokong dengan keterangan ilmiah supaya dapat kami gunakan untuk menjawab persoalan, percanggahan atau kekeliruan daripada pelanggan kami. Kami ingin menyelaraskan penggunaannya dalam dokumen dan buku terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM) Sekian, terima kasih.Berbanding membawa beberapa maksud yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Apabila berbanding membawa maksud dibandingkan kata dengan mesti hadir selepasnya, seperti penduduk daerah ini bertambah berbanding dengan tahun lalu; dan apabila membawa maksud ada bandingnya (taranya) kata dengan tidak perlu hadir selepasnya, seperti kebaikannya tiada berbanding.Tatabahasa09.07.2012
Salaam. Saya mencari istilah BM bagi istilah ini 'published writer' penulis yang hasilnya tersiar? atau apa ya? terima kasih?Padanan bahasa Melayunya ialah penulis mapan.Istilah08.05.2008
Saya mempunyai adik seorang oku. Beliau meminati menulis cerpen dan puisi. Bolehkah dia menghantar hasilnya ke dbp? Dia juga minat untuk belajar lebih lanjut tentang penulisan bahasa melayu. Adakah dbp mempunyai kursus atau latihan yang boleh beliau ikuti?1. Tuan/Puan boleh kemukakan karya kepada:

Ketua Editor,
Bahagian Majalah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Peti Surat 10803,
50926 KUALA LUMPUR.

Karya tuan/puan akan disalurkan kepada majalah yang bersesuaian sekiranya terpilih untuk diterbitkan.

2. DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel  faridah@dbp.gov.my.
Lain-lain11.01.2014
Assalamualaikum, Saya telah silap memasukan nama untuk urusan pengesahan bahasa bagi pengiklanan papan iklan perniagaan. Saya masukan nama saya & hasilnya apabila sijil telah LULUS dan dikeluarkan nama saya tertera sebagai nama syarikat. Nama syarikat yang sebenar adalah MAHLIGAI CATERING SDN. BHD. Adakah kesilapan ini akan mendatangkan masalah akan datang? Urusan pendaftaran dengan MBSA maksud saya. Berikut adalah pautan sijil saya. Terima kasihSila buat permohonan baharu sekiranya tuan memerlukan sijil yang tertera nama syarikat. Walau bagaimanapun, tuan boleh mengemukakan pertanyaan kepada MBSA terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada pihak MBSA menerima sijil tersebut.Lain-lain02.11.2016
yang manakah tepat ? 1. bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat 2. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Bolehkah pembetung digantikan dengan pembentung? Alang-alang menyeluk pekasam membawa maksud jika sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. masyarakat pula secara umumnya menerima peribahasa ini seperti peribahasa alang-alang mandi biar basah. Adakah penggunaan ini tepat?1. Untuk makluman, peribahasa yang tepat ialah bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

2. Pembetung tidak boleh digantikan dengan pembentung.

3. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengungkapkan makna yang persis bagi peribahasa Melayu iaitu sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. Walau bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat Melayu, peribahsa itu sering disamakan dengan alang-alang mandi biar basah. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menerima kedua-dua makna yang tersebut bergantung pada konteks penggunaannya ketika itu.

Tatabahasa22.10.2015
Assalamualaikum, saya nak tanya pasal istilah ''hello'' iaitu istilah yang digunakan untuk menyapa, menegur atau menarik perhatian seseorang. Saya penat mencari istilah ''helo'' yang sesuai untuk bahasa Melayu dalam kamus-kamus, buku-buku dan sebagainya. Tapi hasilnya menghampakan dan mengecewakan. Saya tak jumpa istilah ''helo'' untuk bahasa Melayu. Tapi dalam kamus Melayu lama ada iaitu ''Amboi!'' tapi istilah itu jarang dipakai untuk menegur sebaliknya digunakan untuk menyatakan rasa hairan, kasihan, kagum dan sebagainya. Dalam masa yang sama, saya rasa malu dengan bahasa Melayu kerana istilah ''helo'' juga dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu ''hello''. Padahal. boleh saja jikalau diperkayakan, diciptakan dan disesuai dengan istilah tempatan. Oleh kerana ucapan ''salam'' atau ''assalamualaikum'' sering digunakan. Jadi, apa salahkan digunakan ''Sejahtera!'' untuk ''Hello!'' dalam bahasa Inggeris sebab ''salam'' bermaksud ''sejahtera''. Jikalau para pakar DBP dan pakar bahasa Melayu menyesuaikan dan menggunakan istilah ''Sejahtera!'' untuk ''Hello!'' dan ''Hi!'' dalam bahasa Inggeris. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan segala cadangan saya untuk kemajuan, perkembangan dan keaslian bahasa Ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Semoga bahasa Melayu terus dimartabatkan dan dikekalkan keasliannya seperti apa yang diimpikan oleh pendeta Za'ba dan kita semua sebagai bangsa Melayu. Insya Allah, amin.Kami ambil maklum pandangan tuan dan mengucapkan syabas atas keprihatinan tuan dalam hal ini. Satu lagi yang perlu kita fahami ialah praktikal penyusunan kamus. Kamus umum merakamkan penggunaan kata yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Penggunaan kata "helo" apabila memulakan perbualan dalam telefon amat banyak digunakan, bukti yang jelas dapat dilihat melalui penggunaan perkataan "helo" dalam filem-filem lama era Tan Sri P. Ramlee. Berkemungkinan jika pada suatu masa dahulu, masyarakat penutur jati menggunakan perkataan "sejahtera" atau "salam", maka perkataan itulah yang akan diambil dalam penyususnan kamus. Walau bagaimanapun cadangan tuan ini akan kami panjangkan kepada Bahagian Perkamusan dan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk perhatian pihak mereka.Istilah06.11.2015
Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana “asal ditugal, adalah benih”. apakah maksud peribahasa tersebut? betulkah penggunaannya?Makna peribahasa ini ialah sesuatu usaha tentu ada hasilnya. tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.Makna25.03.2010
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan perlaksanaan dan pelaksanaan.. Yang manakah yang paling tepatPelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini.
Istilah13.05.2015
apakah maksud sinergi?Merujuk Kamus Dewan, sinergi bermaksud  tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan paduan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; usaha sama antara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian.Makna22.02.2013
Yakinilah bahawa pemberian Allah lebih baik berbanding apa-apa yang kita hajati. Adakah perkataan “bahawa” dalam ayat ini boleh digugurkan?

Salam sejahtera,

Bagi maksud ayat yang dikemukakan, perkataan 'bahawa' boleh digugurkan namun hasilnya ayat menjadi kurang gramatis. Oleh itu, eloklah dikekalkan penggunaan perkataan 'bahawa' dalam ayat yang dikemukakan. Sehubungan dengan itu, terdapat sedikit pembetulan pada ayat menjadi 'Yakinilah bahawa pemberian Allah SWT adalah lebih baik berbanding perkara lain yang kita hajati.'

 

Tatabahasa07.01.2013
123

Kembali ke atas