Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ti.ha.ti] | هاتي٢

Definisi : nama sj pokok renek yg daunnya dijadikan ubat sakit perut, Coleus amboinicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti.ha.ti] | هاتي٢

Definisi : cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hati-hati

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(845)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(224)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kata dasar untuk perkataan berhati-hati? Adakah hati-hati atau hati ? Utk tahun 2. TQKata dasarnya ialah hati-hati.Tatabahasa12.05.2010
Apakah perkataan Bahasa Malaysia yang seerti dgn perkataan PRUDENT dalam bahasa inggeris? Terima kasih...Perkataan prudent dalam bahasa Melayu ialah cermat, hati-hati; bijak. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.Makna18.02.2009
apa makna hematMerujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum.Makna07.01.2008
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai  1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan.

Tatabahasa13.12.2010
maksud untuk perkataan dibawah :- 1)sanubariSanubari bermaksud hati, jantung hati dan perasaan dlm hati atau batin.Makna04.09.2007
Dia sentiasa berada ___________ saya. a. di hati b. di dalam hati c. dalam hati Pilihan yang manakah adalah betul? Terima kasih.Jawapannya (a), iaitu di hati. 'Di' berfungsi menunjukkan tempat.Tatabahasa18.06.2008
sakit hati ataupun hati sakit bagi orang yang tersentuhYang betulnya ialah sakit hati.Tatabahasa18.07.2010
1. Yang mana betul? a) di hati atau dalam hati atau di dalam hati b) pertandingan menyanyi atau pertandingan nyanyi atau pertandingan nyanyian. c) pertandingan bercerita atau pertandingan cerita d) pertandingan perbahasan atau pertandingan bahas 2. Perasaan bimbang _________ emak kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam. Apakah jawapan yang sesuai untuk diisikan ke dalam tempat kosong di atas?

1. Yang betul ialah a)  dalam hati  b) Pertandingan Nyanyian c) Pertandingan Bercerita  d) Pertandingan Bahas

2. Ayat tersebut tidak jelas, sepatutnya ayat tersebut adalah seperti berikut: Emak berasa bimbang kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam.

Tatabahasa09.07.2009
terguris hati, tergores hati manakah yang betul ?Ejaan yang betul bagi perkataan terguris ialah 'tergores'. Oleh itu ungkapan yang betul ialah tergores hati.Tatabahasa23.01.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan "mata hati" ? Bagaimana melihat dengan "mata hati" ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat frasa mata hati bermaksud a) perasaan hati b) sl wakil peribadi,ganti diri. Melihat dengan mata hati bermaksud melihat dengan perasaan hati.Tatabahasa15.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas