Apakah kata dasar untuk perkataan berhati-hati? Adakah hati-hati atau hati ? Utk tahun 2. TQ | Kata dasarnya ialah hati-hati. | Tatabahasa | 12.05.2010 |
Apakah perkataan Bahasa Malaysia yang seerti dgn perkataan PRUDENT dalam bahasa inggeris? Terima kasih... | Perkataan prudent dalam bahasa Melayu ialah cermat, hati-hati; bijak. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. | Makna | 18.02.2009 |
apa makna hemat | Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum. | Makna | 07.01.2008 |
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TK | teguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll). Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan. | Tatabahasa | 01.09.2012 |
maksud untuk perkataan dibawah :- 1)sanubari | Sanubari bermaksud hati, jantung hati dan perasaan dlm hati atau batin. | Makna | 04.09.2007 |
Dia sentiasa berada ___________ saya. a. di hati b. di dalam hati c. dalam hati Pilihan yang manakah adalah betul? Terima kasih. | Jawapannya (a), iaitu di hati. 'Di' berfungsi menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 18.06.2008 |
sakit hati ataupun hati sakit bagi orang yang tersentuh | Yang betulnya ialah sakit hati. | Tatabahasa | 18.07.2010 |
1. Yang mana betul? a) di hati atau dalam hati atau di dalam hati b) pertandingan menyanyi atau pertandingan nyanyi atau pertandingan nyanyian. c) pertandingan bercerita atau pertandingan cerita d) pertandingan perbahasan atau pertandingan bahas 2. Perasaan bimbang _________ emak kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam. Apakah jawapan yang sesuai untuk diisikan ke dalam tempat kosong di atas? | 1. Yang betul ialah a) dalam hati b) Pertandingan Nyanyian c) Pertandingan Bercerita d) Pertandingan Bahas 2. Ayat tersebut tidak jelas, sepatutnya ayat tersebut adalah seperti berikut: Emak berasa bimbang kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam. | Tatabahasa | 09.07.2009 |
terguris hati, tergores hati manakah yang betul ? | Ejaan yang betul bagi perkataan terguris ialah 'tergores'. Oleh itu ungkapan yang betul ialah tergores hati. | Tatabahasa | 23.01.2013 |