SAYA INGIN MENDAPATKAN BIO-BIBLIOGRAFI DARAMATIS HATTA AZAD kHAN Terima Kasih | Bio - Bibliografi Hatta Azad Khan : 6.Hatta Azad Khan dan teater kontemporari di Malaysia Krishen Jit Dewan Sastera 15/03/1982 . 7. Berkisarnya legenda Jebat dalam drama Hatta Azad Khan. olehSafri Ali .Berita Harian 03/05/1987 . 8. Hatta Azad Khan oleh Wan Ahmad Ismail Bacaria 04/09/1991. 9. Hatta Azad Khan arah Tun Perak Mingguan Malaysia 19/03/2000. 10. Hatta Azad Khan persiakan karya Usman Awang: percubaan yang tidak kena pada tempatnya oleh Abdullah Ngah Berita Harian 30/12/1982. 11. Istana Budaya: Hatta Azad Khan perlu lebih rasional oleh Zamri Pilus Utusan Malaysia (Sastera dan Budaya) 27/03/2002. 12. UKM kehilangan Hatta Azad Khan oleh Ibrahim Shah Mingguan Malaysia 19/12/1993. | Lain-lain | 08.06.2007 |
Apakah maksud perkataan "hatta" | Lazimnya perkataan hatta bergandingan dengan perkataan 'maka'. hatta maka... Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hatta= ~ maka sl lalu, maka, kemudian dr itu, sampai (hingga): ~ beberapa lamanya baginda pun berangkatlah pulang; berdiri teguh di belakang kerajaan kerana mempertahankan negara ~ utk memikul senjata; memasuki rumah orang lain, sama ada rumah kawan atau rumah saudara ~ rumah ibu bapa sendiri, hendaklah mendapat keizinan terlebih dahulu. | Tatabahasa | 07.09.2012 |
______ kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. A) maka B) hatta C) adapun D)arkian. mengapakah adapun dipilih sebagai jawapan? apakah maksud dengan adapun. maafkan saya kerana saya tidak memahami. terima kasih | 'Adapun' bermaksud mengenai atau perihal. Jadi dalam contoh ayat yang diberikan, 'Perihal kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu'. Contoh ayat ini diambil daripada laras bahasa Melayu klasik. | Ejaan | 08.07.2008 |
______ kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. A) maka B) hatta C) adapun D)arkian. Bagaimankah soalan ini dijawab? | c) Adapun kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. T.kasih. | Lain-lain | 04.07.2008 |
Salam... Benarkah kata 'ia' boleh digunakan untuk manusia, benda ataupun tumbuhan kecuali haiwan? | Ia ialah 1. kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut. | Lain-lain | 07.10.2010 |
setahu saya ia tidak boleh digunakan untuk benda selain manusia.Adakah ini benar? | ia menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud: 1. kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut. | Makna | 17.05.2009 |
Cara mengenalpasti dan mengatasi kesalahan huruf besar pada awal ayat dan kata mana khas. | Perkataan bagi permulaan ayat hendaklah sentiasa ditulis menggunakan huruf besar, tidak kira perkataan itu kata nama khas atau sebaliknya. Kata nama khas merujuk kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan(institusi), undang-undang, bahasa, pangkat dan sebagainya. Huruf pertama ejaan kata nama khas ditulis menggunakan huruf besar. Contoh: Manusia: Hang Tuah, Profesor Dr. Hatta Azad Khan, Barak Obama Bukan Manusia: Jibrail, Imperata cylindrica (lalang), Bujang Senang. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
saya ingin bertanya mengenai pemurnian bahasa yang berlaku, seperti orang asli menjadi orang asal dan juga beberapa perkataan lain.. kenapa kurang didedahkan? saya ada mendapat beberapa perkataan daripada pensyarah saya seperti tunas wibata. boleh pihak dbp menyenaraikan lagi perkataan-perkataan lain yang telah diwujudkan dalam memurnikan lagi bahasa malaysia agar tidak kasar didengar? terima kasih. | Untuk makluman tuan tidak ada perubahan bagi istilah orang asli kepada orang asal. Istilah orang asli telah mantap penggunaannya hatta dalam bidang undang-undang pun digunakan Akta Orang Asli. Pembentukan kata baharu sepertimana lazimnya dimasukkan dalam kamus edisi baharu. Selain itu, media juga memainkan peranan penting dalam penggunaan kata baharu yang dicipta atas keperluan semasa sesuatu bidang. DBP tidak menerbitkan senarai khusus perkataan baharu atau perkataan yang sedia ada tetapi diberi peluasan makna berdasarkan konteks semasa. Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. | Istilah | 17.10.2012 |