Saya ingin mengesahkan terjemahan dan bertanya soalan. 1. Frasa Inggeris seperti "Have a good day", "have a nice day", jika diterjemahkan ke bahasa Melayu, menjadi "Selamat menjalani hari yang indah", adakah diterima? Tidakkah ia agak terlalu panjang? Adakah terdapat frasa gantian lain yang setara maksudnya? 2. Baru-baru ini, saya ada membaca berita mengenai servis yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia dan dalam berita tersebut ada menggunakan perkataan "nirwayar". "Internet Jalur-Lebar Nirwayar". Saya telah membuat carian di PRPM, namun perkataan ini tidak wujud. Bolehkah saya tahu makna perkataan ini? Sekian, terima kasih. | Maksud ayat 'Have a good day' dan 'have a nice day' membawa maksud yang sama, iaitu selamat menjalani hari yang indah atau baik. Perkataan nirwayar pula bermaksud tanpa wayar, nir memberi maksud tanpa. Sekian terima kasih | Makna | 08.08.2019 |
I have a few labels that the label is in English and Malay. I would like to use your service to check the accuracy of the translation. Thank you. | Salam sejahtera, DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan secara rasmi. Untuk perkhidmatan penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara atau Persatuan Penterjemah Malaysia. Terima kasih.
| Lain-lain | 15.09.2020 |
i dont have any question | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. | Lain-lain | 25.05.2015 |
HI, I have written a book on The surgical manual of common otological implants. and i would like to register with Dewan pustaka and negara with ISBN number. Please advise me how to go upon with it. Thanks. | Sila berhubung terus dengan Perpustakaan Negara Malaysia untuk urusan yang tersebut. | Lain-lain | 11.05.2014 |
Do you have a list of Bahasa words that are similar to English words? V.G. lokasi = location | Encik Gomez, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menerbitkan senarai yang saudara maksudkan. Walau bagaimanapun, saudara bolehlah merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Dewan untuk tujuan tersebut. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
Bagaimana hendak menterjemahkan "Have a good day" atau "Have a nice day"? | Cadangan kami frasa tersebut diterjemahkan kepada "hari yang Bertuah" atau "Hari yang Indah", bergantung pada konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.06.2015 |
Salam sejahtera, apakah terjemahan untuk "Have a pleasant day. Bye!" seperti yang digunakan dalam ayat di bawah? "Thank you for your time. Have a pleasant day. Bye!" Sekian, terima kasih | Frasa tersebut tiada terjemahan yang tepat kerana bergantung pada konteks dan situasi. Untuk makluman puan, dalam budaya masyarakat Malaysia berbahasa Melayu, ungkapan yang dilazim digunakan ialah seperti yang berikut: a. Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan. b. Terima kasih atas masa yang diluangkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.02.2015 |
I have an enquiry on translation services for 2 Malaysian Birth Certificates. The translation is required in relation to an application for a spouse visa and must be certified. Generally, the birth certicates have both English and Bahasa Malaysia headers/title. However, there are words provided below which require a translation and certification:- Words with no English translation on the birth certificate:- Perempuan, Maklumat tidak diperolehi, warganegara, Tiada, maklumat tidak berkenaan, tahun, Belum ditentukan, Tiada 1. Does DBP offer translation service with a certification? 2. How long will it take to translate the documents? 3. What is the fee fpr translation? Thank you. | Untuk mendapatkan terjemahan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris yang disahkan dengan sijil, tuan bolehlah hubungi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di talian 03-41451800 atau Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) di talian 03 - 21442506/21424381 | Lain-lain | 19.08.2014 |
salam.. saya berminat untuk mengetahui lebih banyak mengenai dialek melayu di Malaysia. i have gone through Dr. Asmah works, Dr Majid.. do you have any suggestion list that i can look into? thank you. | Antara sarjana yang banyak membuat kajian dialek ialah Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, Prof. Dr. James T. Collins dan Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin. | Lain-lain | 20.05.2015 |
Apakah cadangan terjemahan yang tepat untuk ayat di bawah? Performance that you have come to expect. Terima kasih | Terjemahan yang betul bagi ayat Performance that you have come to expect ialah Prestasi yang anda jangkakan | Makna | 06.03.2017 |