'hayati erti hijrah dengan penuh keimanan&ketaqwaan' atau 'hayati semangat hijrah dengan penuh keimanan& ketaqwaan' ayat manakah yang lebih gramatis? | Kedua-dua ayat tersebut membawa makna yang berbeza. Erti hijrah ingin mengungkap makna, maksud, takrif hijrah itu manakala semangat hijrah pula ialah kemahuan untuk melakukan sesuatu atau perasaan hati terhadap erti hijrah tersebut. Maka, untuk memilih ayat yang lebih gramatis tidak adil kerana kedua-duanya memberi makna yang berbeza. Sekian. | Lain-lain | 12.01.2007 |
dalam format surat rasmi, pangkat AAP adakah perlu di Italic(mengiring)? CONTOH: NUR HAYATI BINTI MOHD AZHAN.,AAP | Tidak perlu diitalikkan ejaan pingat, contohnya Puan Norhayati binti Mohamad, AMN. | Ejaan | 07.09.2012 |
SALAM ILMU SUKA SAYA NYATAKAN BAHAWA SAYA BERMINAT UNTUK MENGADAPTASI BEBERAPA NOVEL & CERPEN PILIHAN SASTERA MELAYU KITA KE DRAMA ATAU TELEMOVIE ATAU FILEM UNTUK FESTIVAL MAHUPUN TV. DI SINI, SAYA INGIN SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI CERPEN / NOVEL YANG PERNAH SAYA BACA DAN HAYATI DAHULU ANTARANTA : DAERAH ZENI, HARI KEMERDEKAAN... SEKIAN TERIMA KASIH KRISHNA SUPERAMANIAM 012-3584176 | Bagi mendapatkan teks novel Daerah Zeni (karya SN A Samad Said) dan Hari Kemerdekaan (karya ?) sdr. bolehlah merujuk ke Perpustakaan DBP atau lebih dikenali Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau merujuk di semua perpustakaan IPTA seluruh negara atau membeli naskhah tersebut di Kedai Koperasi DBP, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 09.02.2009 |