Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hayun

Puisi
 

Sayang Nek Siti zaman Nek Siti,
     Nek Siti berjalan terhayun-hayun;
Abang berbudi saya berbudi,
     Kerana budi terasa kasihan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah perkataan "menghayun" tidak dijumpai dalam Kamus Dewan? Adakah perkataan tersebut salah? Jika apakah perkataan yang betul?Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tidak merakamkan kata "hayun" dan terbitannya. Kata yang terakam ialah "ayun" dan kata terbitannya (termasuk mengayun). Kamus Dewan (1970) merakamkan kata "hayun" dirujuksilangkan ke "ayun".

Namun, rujukan yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (2020) merakamkan kedua-dua kata tersebut iaitu "ayun" dan "hayun" serta kata terbitannya (termasuk mengayun dan menghayun). Perakaman kedua-dua kata ini adalah mengikut data korpus penggunaan kata tersebut dalam masyarakat. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pentakrifan kata-kata tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 162-163 dan 753-754 kamus ini.
Ejaan16.11.2023
contoh ayat : 1. maka langkah dihayun untuk keterlibatan aktif beliau dalam politik tanah air... -dalam contoh ayat diatas penggunaan kata 'dihayun' sesuai digunakan ataupun perkataan 'diayun' adalah lebih sesuai?Ejaan yang betul ialah "diayun", iaitu daripada kata dasar "ayun". Perkataan "hayun" tidak wujud dalam bahasa Melayu.Istilah06.08.2014

Kembali ke atas