| Sekiranya penandatangan Surat Rasmi mempunyai Gelaran Haji. Perlukah diletakkan salutation 'TUAN HAJI' atau HAJI sahaja? Yang Benar, (TUAN HAJI.....) atau (HAJI...)????? | Sapaan yang betul ialah "Tuan Haji" bagi nama penuh, manakala dalam surat "tuan" sahaja. | Tatabahasa | 11.07.2014 |
| Salam sejahtera! Bagi panggilan/gelaran tuan haji, yang mana satu betul? tuan haji atau Tuan Haji? Ayat contoh: assalamualaikum tuan haji/Tuan Haji. Sekian terima kasih! | Gelaran tuan haji ditulis dengan huruf kecil jika merujuk gelaran secara umum. Contohnya: Assalamualaikun tuan haji. Jika gelaran tersebut di hadapan nama khas seseorang, huruf pertama ditulis dengan huruf besar, contohnya Tuan Haji Hamdan Yahya. | Ejaan | 03.11.2021 |
| Yang mana satu betul? Haji Dr. Hashim bin Haji Ishak atau Dr. Haji Hashim bin Haji Ishak | Tuan Aizan, Bentuk yang digunakan ialah Dr. Haji Hashim bin Haji Ishak. | Lain-lain | 21.12.2010 |
| Salam. Saya ingin bertanya, nama pengirim dalam surat rasmi perlu dimasukkan HAJI atau tidak kalau pengirim itu ada gelaran Haji. Terima kasih | Gelaran haji digunakan selepas sapaan tuan seperti Tuan Haji Ahmad bin Haji Sanusi. Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri). Untuk makluman saudara juga, format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 06.09.2018 |
| YM RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ SOALANNYA: ADAKAH BETUL DILETAKKAN PERKATAAN HAJI DI AWAL cth: HAJI YM ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ atau PERKATAAN YM DULU BARU PERKATAAN HAJI cth: YM RAJA HAJI ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ. | Yang betul ialah gelaran seperti YM/YB/Haji (Maklumat lanjut tentang gelaran, sapaan dan sebagainya boleh rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi) dan diikuti dengan nama, contohnya: YM HAJI RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ. | Lain-lain | 29.04.2009 |
| penggunaan haji. sebelum ini nama ustaz lokman. kini nak guna nama haji ustaz lokman atau ustaz haji lokman. mohon nasihat | Gelaran yang sesuai ialah "Haji Lokman" atau "Ustaz Lokman". | Lain-lain | 29.07.2025 |
| “Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat”. soalan: adakah noktah (.) di dalam dialog ( di bawah) atau seperti di atas? “Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.” | Penggunaan noktah yang betul dalam dialog ialah “Alhamdulillah, mama dapat pergi haji. Ya Allah, mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.” | Lain-lain | 03.02.2022 |
| Assalammualaikum.. Tuan, Saya ingin bertanya, jika seorang pegawai mempunyai gelaran Sr (surveyor) dan beliau juga telah mengerjakan ibadah haji, adakah gelaran yang sesuai i) Sr Tuan Haji atau ii) Sr Haji Sekian, terima kasih. | Penggunaan gelaran yang betul ialah Sr Haji Ahmad bin Ali sama seperti Dr. Haji Zainuddin bin Karim. | Tatabahasa | 01.11.2012 |
| assalamualaikum... pertanyaan saya tentang istilah widak dan wadak - menurut kamus Perdana, haji widak bukan haji wadak tetapi tawaf menggunakan wadak - widak dan wadak - apakah bezanya? Mana satukah yg hendak digunakan? Bukankah kedua-dua istilah itu merujuk kpd makna yg satu, iaitu perpisahan. saya sedang menyelenggarakan projek terjemahan hadith sahih muslim. saya perlu menyeragamkan penggunaan istilah widak/wadak utk haji dan tawaf. adakah saya perlu menggunakan istilah wadak utk haji dan tawaf atau widak? mohon maklum balas segera. terima kasih. | Keputusan terkini ialah widak dirujuksilangkan kepada wadak seperti dalam frasa "tawaf wadak" atau "tawaf berpisah" dan "khutbah wadak" atau "khutbah terakhir". Frasa "haji widak" atau "haji perpisahan" perlu diselaraskan/dibetulkan menjadi haji wadak. Hal ini bermakna ejaan/kata yang tepat ialah wadak. | Ejaan | 28.06.2023 |
| Jika seseorang itu memiliki ijazah kedoktoran dan telah menunaikan ibadat haji, apakah gelaran yang sesuai untuknya dalam sesuatu majlis. Contohnya: 1.Tuan Haji Dr. Muhammad Ramli 2. Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli Yang manakah betul penggunaannya? Nombor 1 atau nombor 2? Gelaran yang betul ialah "Dr. Haji Muhammad Ramli". Assalamualaikum... Saya telah bertanya soalan di atas danpihak tuan telah memberikan jawapannya. Terima kasih dengan penjelasan jawapan. Soalan tambahan saya....jika ada pihak ingin juga memasukkan kata panggilan 'tuan', adakah panggilan itu seperti dalam pilihan 1 atau 2? Terima kasih | Pengejaan yang betul adalah seperti yang berikut "Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli". | Ejaan | 06.05.2015 |