Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. condition of body or mind, kesihatan: too much fat is bad for the ~, terlalu banyak lemak tdk elok utk kesihatan; public ~, kesihatan umum; ~ service, perkhidmatan kesihatan; in good ~, (dlm keadaan) sihat; in /poor, bad, ill / ~, tdk sihat; 2. state of physical and mental well-being, kesihatan: ~ is better than wealth, kesihatan lebih baik drpd kekayaan; with ~, krn sihat: her skin was glowing with ~, kulitnya berseri-seri krn sihat; drink to so's ~, minum ucap selamat utk sso; 3. prosperity, keteguhan: the country’s economic ~, keteguhan ekonomi negara itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata health


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
World Health Day 2007: .... in health, build a safer futurehari kesihatan sedunia 2007: melebur dalam kesihatan, membina masa depan yang lebih selamatMakna07.05.2007
Apakah maksud health information dalam maksud umum atau keseluruhan?Untuk makluman, definisi "health information" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "health information" ialah maklumat kesihatan.Istilah07.05.2014
Apakah terjemahan kepada Bahasa Melayu berkaitan dengan nama kursus di bawah: 1. Advanced Diploma in Health Care Management 2. Advanced Diploma in Intensive Care 3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care 4. Advanced Diploma in Emergency Care Terima Kasih

1. Advanced Diploma in Health Care Management = Diploma Lanjutan Pengurusan Penjagaan Kesihatan

2. Advanced Diploma in Intensive Care = Diploma Lanjutan Rawatan Rapi

3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan Kardiovaskular

4. Advanced Diploma in Emergency Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kecemasan

Penyemakan dan penterjemahan05.11.2014
better healthuntuk kesihatan yang lebih baikLain-lain24.06.2008
Bolehkah 'health supplements' diterjemahkan sebagai 'makanan tambahan kesihatan'? ataupun 'tambahan pemakanan kesihatan'?makanan tambahan kesihatan.Tatabahasa04.10.2007
Salam sejahtera. Adakah "Bill of Public Health" sesuai diterjemah sebagai Rang Undang-undang Kesihatan Awam? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu Bill of Public Health bergantung pada konteks ayat.  Jika istilah ini digunakan dalam bidang ekonomi ia bermaksud bil kesihatan awam, akan tetapi jika digunakan dalam bidang pentadbiran atau undang-undang, ia bermakna Rang Undang-undang Kesihatan Awam.Penyemakan dan penterjemahan09.05.2014
Apakah terjemahan untuk (1) 'Safety and Security Manager' (2) Health and Fitness, (3) exercise (4) drill (5) practice ?

(1) Safety and Security Manager - Pengurus Keselamatan

(2) Health and Fitness - kesihatan dan kecergasan

(3) exercise - senaman/latihan

(4) drill - latihan/latih tubi

(5) practice - amalan/latihan

Makna13.10.2009
Salam. Saya ada 2 soalan : 1. Adakah penambahbaikan merupakan perkataan yang betul?atau perlu dijarakkan? 2. Setiap perkataan bahasa Inggeris yang diletakkan di dalam sesuatu ayat perlu di'italic'kan. Tapi, bagi perkataan Unit Health Online, Bahagian Pendidikan Kesihatan, perlukah Health Online itu di'italic'kan? Terima Kasih.

Saudara Yummien,

Perkataan penambahbaikan betul dan dieja sebagai satu perkataan. Perkataan dalam bahasa Inggeris biasanya adalah lebih baik diterjemahkan atau diberi padanan dalam bahasa Melayu memandangkan bahawa bahasa Melayu masih boleh mengungkapkan atau menghuraikan sesuatu. Walau bagaimanapun sekiranya memang tiada langsung kata yang sesuai terutamanya perkataan teknikal atau istilah, maka bentuk italik digunakan. Dalam konteks 'Unit Health Online' frasa ini boleh diterjemahkan sebagai  'Unit Kesihatan dalam Talian'.  Saudara boleh menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari Laman Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa30.07.2009
Assalamuaikum, Saya sedang dalam usaha untuk menterjamah GUIDELINES ON GOOD MANUFACTURING PRACTICE FOR TRADITIONAL MEDICINES AND HEALTH SUPPLEMENTS, 1st Edition 2008. Mohon pandangan untuk menterjemah perkataan-perkataan berikut: a) line -clearance contoh: line-clearance should be performed according to an appropriate checklist b) seals contoh: packaging of a traditional medicine or health supplement, such as ...seals, binding materials, adhesives and tapes c) off-line contoh: Special care should be taken when using cut-labels and when overprinting is carried out off-lineCadangan terjemahan kami:
a) line-clearance = garis pembersihan (jika bersesuaian dengan kosep penggunaannya)
b) seals = kedap 
c) off-line = luar talian
Penyemakan dan penterjemahan01.04.2015
Why is eating plenty of instans noodles bad for health? Mengapakah terlau banyak makan mi segera tidak baik untuk kesihatan? Mengapakah banyak makan mi segera tidak baik untuk kesihatan? antra dua ayat terjemahan berikut yang mana lebih tepat?Terjemahan yang betul ialah
Mengapakah makan mi segera terlalu banyak tidak baik untuk kesihatan?
Penyemakan dan penterjemahan06.11.2018
1234

Kembali ke atas