Adakah betul penggunaan ayat ' santun siswa' dalam logo untuk hebahan di laman sesawang/poster Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM? - Logo seperti di lampiran | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan 'santun' bermaksud halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan. Perkataan 'siswa' pula bermaksud penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi (universiti). Jadi tiada masalah jika perktaan tersebut digunakan sebagai slogan dalam logo tersebut. | Makna | 25.04.2019 |
Bolehkan pihak tuan mencadangkan nama program Larian Jom ! Kitar Semula tersebut bagi tujuan hebahan dan promosi | Nama yang betul ialah Larian Kitar Semula 2013. Perkataan "jom" ialah kata ajakan dan tidak sesuai dimasukkan dalam nama larian tersebut. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut boleh digunakan dalam iklan program tersebut untuk menggalakkan orang ramai menyertai larian tersebut. Contohnya: Jom sertai larian! | Tatabahasa | 25.01.2013 |
Saya Norazizah Md Tahir Pustakawan daripada UTeM. Pihak perpustakaan UTeM akan menjalankan karnival, oleh itu kami ada menyediakan poster untuk tujuan hebahan bagi karnival tersebut. Pertanyaan saya, bagaimana saya boleh membuat semakan dengan pihak DBP berkaitan penggunaan ayat didalam poster tersebut. Sekian terima kasih. | Sila buat permohonan melalui dbpsahbahasa melalui laman web dbpsahbahasa.my untuk perkhidmatan penyemakan dan pengesahan bahasa bagi poster yang puan maksudkan. | Lain-lain | 03.09.2018 |
Fatin Nabihah 9 February at 17:02 Assalamualaikum. Tumpang tanya admin, di mana boleh dapatkan borang pencalonan tokoh Sasterawan Negara? Harap dapat membantu. Terima kasih. | Waalaimkumussalam... Borang pencalonan tokoh Sasterawan Negara masih belum dibuka lagi. Sebarang hebahan tentang maklumat ini akan disiarkan dalam laman web DBP kelak. Sekian terima kasih | Lain-lain | 09.02.2017 |
APAKAH MAKSUD PENGUMUMAN DAN JENIS-JENIS PENGUMUMAN SERTA CARA PENGUMUMAN DIBUAT DAN YANG BERKAITAN DENGANNYA | Pemakluman ialah perihal mengumumkan, pemberitahuan kepada orang ramai, pemakluman. Pemakluman dibuat sama ada secara lisan atau tulisan yakni melalui elektronik atau media cetak. Jenis pengumuman ialah pemberitahuan/hebahan, promosi, peringatan, kempen, dan sebagainya. Sila rujuk buku bidang komunikasi untuk mendapatkan penjelasan lanjut. | Makna | 25.02.2008 |
Adakah terma "Yang benar" dan "saya yang menurut perintah" dibenar untuk digunakan sebagai pengakhiran surat (signing off) di dalam surat-surat rasmi kerajaan? Jika dibenarkan, keadaan yang bagaimanakah kedua-dua terma itu dibenar untuk digunakan? Apakah yang membezakan kaedah penggunaannya? Berikut adakah cadangan yang digariskan: Adakah sesuai? Penggunaan signing off “Saya yang menjalankan tugas”: 1. Surat berbentuk hebahan penguatkuasaan seperti Pekeliling, Garis Panduan dan Peraturan yang sedang atau akan dilaksanakan 2. Surat berbentuk peringatan seperti makluman penting, teguran dan tindakan tatatertib 3. Surat berbentuk maklumbalas atau penjelasan kepada pihak atasan seperti Pengurusan Universiti, Kementerian dan pihak berkepentingan. Penggunaan signing off “Yang benar”: 1. Surat berbentuk umum seperti memohon penajaan, kelulusan program, rayuan dan pelantikan. 2. Surat jemputan seperti menghadiri Mesyuarat dan Program Rasmi Universiti 3. Surat penghargaan dan ucapan tahniah 4. Memo edaran dalaman Jabatan – Ketua Jabatan kepada kakitangan jabatan masing-masing Mohon pandangan dan nasihat daripada pihak Tuan. Terima kasih. | Kedua-dua klausa ini "Saya yang menurut perintah" dan "Saya yang menjalankan tugas" adalah betul. Pemilihan penggunaan penutup surat rasmi bergantung kepada organisasi masing-masing, tidak tertakluk pada konteks penggunaan dan tajuk surat. Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai garis panduan dalaman tersendiri, dan kami menggunakan klausa "Saya yang menurut perintah". Sekiranya oraganisasi tuan berhasrat menggunakan klausa "Saya yang menjalankan tugas", itu merupakan gaya surat rasmi tersendiri organisasi tuan. Adapun klausa "Yang benar" lazimnya digunakan dalam surat tidak rasmi. | Tatabahasa | 26.09.2016 |
Salam tuan, saya ingin bertanya berkenaan munsyi dewan jawi. Adakah munsyi dewan jawi diambil daripada individu yang mempunyai ijazah berkenaan linguistik dan bahasa? Jika tidak, adakah dbp menyediakan peluang kepada orang awam untuk menjadi munsyi dewan jawi. Sekian, terima kasih dan salam hormat. | Pelantikan Munsyi Jawi pada tahun 2019 telah dilaksanakan baru-baru ini. Pemilihan dan pelantikan seterusnya akan dibuat dari semasa ke semasa. Hebahan mengenainya termasuklah syarat permohonan dan tarikh kursus akan dibuat melalui laman web DBP. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Akademi DBP, Wisma DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 14.01.2020 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya mohon maaf atas soalan yg banyak 1. setelah membuat carian istiliah "inkuiri" di kamus online dbp, saya gagal menemukan sebarang hasil. Namun, berdasarkan cakupan skrin dibawah di dalam kotak bewarna hijau, meskipun tiada definisi di dalam kamus dbp, mengapakah bidang akademik diberi mandat menggunakan istilah "inkuiri kurikulum" tanpa kewujudan sah istilah inkuiri di dalam kamus? 2. di dalam hebahan email daripada RoS. Ini adalah spt ayat berikut "Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses." apakah yang dimaksudkan dengan kuiri diatas? Saya gagal menemukan definisi setelah mencari dikamus. 3. Apakah istilah yang tepat untuk perkataan "screenshot? adakah cakupan skrin/cekupan skrin atau ada istilah lain? 4. Saya minat memperkayakan kosa kata. Oleh itu, saya mohon jasa baik tuan/puan dalam mengesyorkan apakah buku terbaik dan tajuk buku tesaurus BM yang lengkap dan bermanfaat untuk saya gunakan dan beli? Terima kasih atas bantuan tuan/puan merungkai persoalan saya. | 1.Puan perlu membezakan istilah dengan perkataan biasa. Istilah hanya digunakan dalam bidang tertentu, manakala perkataan biasa dirakamkan di dalam kamus. Inkuiri merupakan istilah yang digunakan dalam bidang pendidikan. 2. Tiada maklumat kuiri dalam pangkalan data kami. Kuiri berasal daripada perkataan bahasa Inggeris query, yang membawa maksud usul atau pertanyaan. Sehubungan dengan itu, mengikut konteks ayat yang puan kemukakan, makna kuiri ialah usul. 3. Padanan screen shot ialah tangkap skrin untuk bidang teknologi maklumat. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=screen+shot&d | Istilah | 22.05.2018 |
Dewan Bahasa dan Pustaka sudah perkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu guna selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Swafoto - gambar kendiri Berswafoto - mengambil gambar kendiri Menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri Jom guna Bahasa Melayu yg betul, indahnya bahasa kita. Suri Teladan – Role Model Jerayawara – Road Show Latar Pentas – Back Drop Gegantung – Bunting Imej Tumpu – Highlight Parkir – Parking Pascanilai – Postmortem Swafoto - Selfie ---adakah ini hebahan yang benar? | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan oleh DBP adalah seperti yang berikut: Selfie - Swafoto Role Model – Suri Teladan Road Show - Jerayawara Back Drop - Latar Pentas Bunting - Gegantung Highlight - Imej Tumpu Parking - Tempat Letak Kereta Postmortem - Pascanilai | Istilah | 05.12.2016 |
Assalamualaikum,saya asrab khan dari kl ingin menyertai kembara bahasa 2013.sebelum ini saya ada menyertai tahun 2000.sebelum ini saya ada mohon menyertai tetapi tidak ada sebarang jawapan. saya benar-benar berminat menyertai program kembara bahasa 2013 | Untuk makluman tuan urus setia Kembara Bahasa 2012 ialah Bhg. Promosi dan Pengiktirafan, DBP. Urus setia pada tahun hadapan akan diputuskan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, apabila hebahan mengenainya disiarkan segeralah tuan hubungi urus setia Kembara bahasa. | Lain-lain | 05.12.2012 |