Tuan, bolehkah kita menyebut helang bagi merujuk kepada burung helang atau perlu meletakkan perkataan burung di pangkalnya?Bagaimanakah dengan burung-burung lain seperti burung pipit, burung merpati dan lain-lain? | Sewajarnya disebut burung helang, burung pipit, burung merpati dan sebagainya bagi merujuk burung untuk mengelakkan kekeliruan kerana nama-nama burung juga digunakan untuk benda-benda lain. | Lain-lain | 15.11.2011 |
Pulau Redang, Syurga dunia bg kalian. Tempat helang hinggap, Tanah penyu mandi. Lawat di sini, Pandainya macam perak, Airnya serupa kristal. Henti di sini, Hilanglah duka, sampailah nyaman. Tinggalkan keluh, ambillah tenang. Di sini, batin kian cerah, Di situ, sukma makin damai. Dlm syair ini adakah sst akan timbulkan salah faham? Adakah perkataan kurang sesuai? | Pada pandangan kami, syair tersebut tidak menimbulkan salah faham. | Sastera | 07.12.2016 |
Perkataan apakah yang sesuai untuk menerangkan bunyi burung helang? | Kicau. Murai berkicau pada pagi hari. | Lain-lain | 28.12.2016 |
Assalamualaikum, Boleh cadangkan terjemahan untuk burung "Martial Eagle" (Polemaetus bellicosus)? Terima kasih. | Belum ada padanan Martial Eagle dalam pangkalan data kami. Untuk mendapatkan cadangan yang tepat perlulah dirujuk Bahagian Peristilahan dan Leksikologi terlebih dahulu. Untuk sementara waktu kami mencadangkan helang besar digunakan berserta istilah dalam tanda kurung, seperti helang besar (Martial Eagle). | Istilah | 27.11.2016 |
Dalam pasangan ayat yang berikut, perkataan bergaris yang manakah yang tergolong sebagai adjektif dan adverba? Berikan alasan anda. 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. 2(a) Lelaki itu orang kuat. 2(b) Dia bercakap kuat. | 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. - adjektif dalam frasa nama bangunan tinggi. 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. - adverba kerana menerangkan kata kerja terbang. 2(a) Lelaki itu orang kuat. - adjektif dalam frasa nama orang kuat. 2(b) Dia bercakap kuat. - adverba kerana menerangkan kata kerja bercakap. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 14.11.2012 |
Dalam pasangan ayat yang berikut, perkataan bergaris yang manakah yang tergolong sebagai adjektif dan adverba? Berikan sebab. 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. 2(a) Lelaki itu orang kuat. 2(b) Dia bercakap kuat. | 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. Ayat biasa - Bangunan tinggi itu (Subjek - Frasa nama) bangunan KLCC (Predikat - Frasa Nama) 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. Tinggi - Adverba 2(a) Lelaki itu orang kuat. Lelaki itu (Subjek - Frasa Nama) orang kuat (Predikat - Frasa Nama) 2(b) Dia bercakap kuat. Kuat - Adverba Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 25.10.2012 |
Saya Asnee Maming sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar.Saya ingin bertanya DBP perkataan "garuda" berdasar dari bahasa apa? dan apa maknanya? Terima kasih | Perkataan ‘geroda’ ialah sejenis burung dalam sastera lama, burung rajawali besar, helang besar. | Makna | 24.09.2014 |
Mohon penjelasan yang manakah ayat yang betul dan yang manakah ayat yang salah? I Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan menyampaikan hadiah. II Persahabatan di antara Malaysia dan Indonesia telah lama terjalin. III Perbuatan adik saya menyorok di dalam almari memang berbahaya. IV Burung helang itu bersarang di celah dahan yang tinggi. | Salam sejahtera, Soalan 1, di atas tukar kepada atas. Soalan 2, betul. Soalan 3, betul. Soalan 4, betul. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 21.03.2020 |
Apakah perbezaan antara LEPAS dan SELEPAS? Dalam konteks ayat yang bagaimanakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan? Terima kasih. | LEPAS - tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~; selepas -kata terbitan perkataan lepas yang membawa maksud sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat;. Perkataan ini berperanan sebagai kata hubung waktu. Lazimnya, kedua-duanya boleh digunakan apabila berfungsi sebagai kata hubung masa. " Lepas" biasanya digunakan dalam bahasa percakapan. cth: Lepas sarapan, dia terus pergi kerja.
| Tatabahasa | 11.09.2012 |
Ayat mana yang betul? A) Saya tertarik dengan keindahan pulau itu. B) Saya tertarik oleh keindahan pulau itu. Jawapan yang diberikan dalam arkib soalan DBP tidak konsisten kerana kedua-dua jawapan telah diberikan sebagai jawapan yang betul dan mengikut kamus dewan, tertarik yang membawa maksud terpikat sebenarnya diikuti dengan perkataan 'oleh' dan bukannya 'dengan'. Sila jelaskan. Terima kasih. | Kedua-dua sendi nama "oleh" dan "dengan" boleh digunakan. Sendi nama "dengan" digunakan dalam teks sastera, manakala "oleh" dalam teks biasa. Contoh lain: Suasana sekeliling dipenuhi dengan bunyi loceng dan burung pipit, burung merbah dan sekali-sekala bunyi burung helang (petikan daripada novel Madu dalam Saringan). Dalam ayat tersebut "dengan" boleh juga digantikan dengan "oleh". | Tatabahasa | 20.11.2009 |