Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.mat] | هيمت

Definisi : (hémat) 1. tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berawas-awas, beringat-ingat, berjaga-jaga: pegawai penyelidik itu bekerja dgn ~; kereta itu berlanggar kerana pe­mandunya kurang ~; 3. pemerhatian, peng­amatan: usul itu pd ~ kita bertentangan dgn semangat parti; ~ pangkal kaya, sia-sia hutang tumbuh prb kalau hendak kaya mestilah berjimat cermat, kalau boros pasti akan berhutang; berhemat 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari; menghemat, menghematkan menjimat­kan, menggunakan sesuatu berdikit-dikit, memakai sesuatu dgn berhati-hati (supaya tidak rosak dll): kanak-kanak sejak dr kecil perlu dilatih ~ wang; terhemat; tidak ~ tidak terkira; hematan perhitungan, perkiraan; kehematan perihal (sifat) hemat; penghematan perihal atau perbuatan meng­hemat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.mat] | هيمت

Definisi : /hémat/ 1 tidak boros dlm hal membelanjakan wang; cermat; jimat: Kalau ingin kaya, kita mesti ~ membelanjakan wang. 2 dgn penuh perhatian; dgn hati-hati; dgn teliti (dlm hal membuat kerja dll): Dia bekerja ~ sekali. Oleh sebab kurang ~nya, dia mempercayai semua kata orang tanpa memikirkan buruk baiknya. berhemat 1 berdikit-dikit (mem­belanjakan wang); berjimat: Kalau tidak ~ membelanjakan wang, kita tidak akan dpt menyimpannya. 2 berhati-hati; berawas-awas; berjaga-jaga: Ingat sebelum kena, ~ sebelum habis. menghematkan mengawasi (perbelanjaan dll) supaya tidak berlebih-lebihan; menjimatkan: Dia sentiasa ~ wang perbelanjaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hemat
Kata Terbitan : berhemat, menghematkan, kehematan, penghematan,

Puisi
 

Kembang indah menawan hati,
     Sayang terkerat di tengah hari;
Cinta itu laksana api,
     Tersalah hemat membakar diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ingat sebelum kena,
     jimat (= hemat) sebelum habis.

Bermaksud :

Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
hemat bermaksud berhati-hati atau berjimat. jadi apa maksud 'pada hemat saya', adakah frasa ini boleh digunakan dalam membina ayat dan karangan pelajar.Selain daripada berhati-hati dan berjimat, hemat juga bermaksud pemerhatian dan pengamatan. Oleh itu, frasa "pada hemat saya" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa01.04.2012
1) Mengapakah penggunaan perkataan hemat di bawah salah?Mohon penjelasan lebih lanjut daripada pihak tuan. - Segala hemat itu satu amalan yang baik.Hemat bermaksud tidak boros dan perkataan tesebut tidak perlu didahului dengan segala.Tatabahasa19.06.2013
apa makna hematMerujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum.Makna07.01.2008
prudent strigent claims controlhemat kawalan tuntutan ketatLain-lain26.03.2007
antara berikut yang manakah bersifat akronim? (a)Mentah (b)Langkah (c)Hemat (d)Bukit

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. 

Tatabahasa04.04.2010
Wujudkah perkataan "kenyarisan" dalam bahasa Melayu? Sy lihat ia diguna di Bahasa Indonesia. Pada hemat saya ia melebarkan maksud "nyaris" sebagai "noun".

Encik Zulhaidi,

Perkataan kenyarisan tidak ada dalam istilah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks bahasa Melayu, kata nyaris membawa maksud hampir (berlakunya sesuatu), cemas-cemas:  Contoh ayat;

Barisan pertahanan mereka menjadi huru-hara sehingga nyaris-nyaris keselamatan panglima mereka terancam.

 

Makna07.04.2009
Sejak saya mengenali Kamus Dewan pada tahun 1980, tiada sebarang ilustrasi yang dimasukkan di dalam buku yang berwibawa itu. Pada hemat saya, ilustrasi amat penting apabila terdapat sesuatu perkataan yang tidak dapat dijelaskan dengan hanya memasukkan kata-kata terutama sekali bagi pelajar bukan Melayu yang benar-benar ingin mengetahui maksud sesuatu kata tetapi gagal untuk memahami penjelasan yang diberi semata-mata tiada sebarang ilustrasi. Sebagai contoh, saya perturunkan kata-kata seperti: memapah, mengelek dan kekisi. Harap mendapat perhatian dan penjelasan daripada pihak yang berkenaan.Pandangan saudara kami hargai dan untuk makluman saudara juga terdapat pelbagai jenis kamus dan kumpulan sasaran penerbitannya dan cadangan saudara akan kami kemukakan untuk penerbitan Kamus Pelajar dalam edisi yang akan datang.Lain-lain14.05.2010
1)tidak ekonomikal 2)Inspira 3)sama ada atau samada1)Istilah bahasa Melayu untuk 'economical' ialah ekonomi atau berekonomi. Terjemahan bahasa Melayu ialah jimat, hemat, cermat atau menjimatkan. 2)Tidak ada perkataan inspira dalam bahasa Melayu. 3)Ejaan yang betul ialah sama ada (dua perkataan)Istilah24.11.2011
Ali memberikan seekor ikan _______ ikan kepada kucingnya. Jawapan pilihan : A. kepada B. pada Jawapan yang diberi adalah " pada", adakah jawapan ini sesuai ? Mengapakah jawapan ini dipilih ? Terima kasih.

Pada hemat saya, contoh ayat yang saudara berikan itu salah. Sepatutnya ayat yang betul ialah Ali memberikan seekor ikan ______ kucingnya. Jawapan bagi tempat kosong yang patut diisi ialah A. kepada kerana kata  sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272. 

Tatabahasa03.04.2009
Ada dua soalan yang saya ingin utarakan 1. Pertama, Saya merujuk kepada motto Kementerian Pertanian dan Industri asas tani yakni "pertanian adalah perniagaan".. adakah motto tersebut menepati struktur nahu tatabahasa bm? kerana pada hemat saya, penggunaan kata pemeri 'adalah' hanya utk struktur pola FN+FK, FN+FA, dan FN+FSN. dalam motto tersebut, perniagaan merujuk kpd FN.oleh itu, kata pemeri 'ialah' sepatutnya digunakn utk pola 'FN+FN' 2. Kedua, merujuk kepada Tatabahasa Dewan (TBD) mengenai topik ayat dasar. sy fikir pola-pola ayat dasar menurut TBD iaitu FN+FN, FN+FA, FN+FK,FN+FSN bercanggah dengan Teori Tatabahasa Transformasi Generatif. Ini dapat dibuktikan melalui rajah pohon skema X berpalang. cth ayat FN+FN seperti 'Abu guru sekolah'.kenapa masih dapat dizahirkan kata pemeri 'ialah' dalam ayat dasar tersebut menjadi 'Abu ialah guru sekolah'. Jika merujuk semula penegasan TBD, bukankah ayat dasar sepatutnya bentuk paling tunggal sesuatu ayat.Jelaskan

 Puan Ulysess,

1.  Pandangan puan terhadap penggunaan kata pemeri "ialah" untuk  cogan kata agensi tersebut betul, iaitu  Pertanian ialah Perniagaan. 

2. Untuk makluman puan, penggunaan kata pemeri "ialah" atau "adalah" dalam bahasa Melayu adakalanya bersifat pilhan. Maksudnya, tidak salah kalau kita tidak menggunakannya dalam ayat. Sebagai contoh, mari kita melihat ayat seperti yang di bawah ini:

    (a)   Abu (ialah) guru sekolah.

    (b)  Wang itu (adalah) untuk perbelanjaan sekolahnya.

   Dalam ayat (a) dan (b) perkataan ialah  dan adalah yang ditulis dalam kurungan merupakan pilihan. Maksudnya, kita boleh menggunakan ialah dan adalah tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya kita tidak menggunakannya. Oleh itu,  kedua-dua ayat puan betul penggunaan tatabahasa; Abu ialah guru sekolah dan abu guru sekolah.  

Tatabahasa08.04.2009
12

Kembali ke atas