Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.mis.fé.ra] | هيميسفيرا

Definisi : (hémisféra) (Geog) sebelah bahagi­an bumi (iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan dibahagikan oleh garisan khatulistiwa manakala hemisfera timur dan barat pula dibahagikan oleh garisan meridian); ~ selatan separuh bahagian bumi yg terletak di selatan khatulistiwa; ~ utara separuh bahagian bumi yg terletak di sebelah utara khatulistiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.mis.fé.ra] | هيميسفيرا

Definisi : /hémisféra/ belahan bumi di sebelah utara atau selatan garis khatulistiwa. ~ selatan separuh bahagian bumi yg terletak di selatan khatulistiwa. ~ utara separuh bahagian bumi yg ter­letak di utara khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hemisfera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata 'di' dan 'ke' dalam ayat berikut: 1) Cahaya matahari yang sampai 'di' hemisfera utara sangat panas. 2) Cahaya matahari yang sampai 'ke' hemisfera utara sangat panas. Mengikut entri khidmat nasihat sebelum ini, terdapat jawapan yang menyatakan bahawa penggunaan 'di' adalah tepat. Namun, ada juga entri yang menyatakan bahawa penggunaan 'ke' adalah yang tepat. Ada juga yang menyatakan kedua-duanya boleh digunakan. Apakah jawapan yang paling tepat dan apakah sebabnya?Kedua-dua boleh digunakan kerana "di" dan "ke" digunakan di hadapan kata nama/ frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.Tatabahasa26.11.2015
Salam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'pada' dan 'kepada' dalam ayat: Cahaya matahari di hemisfera selatan lebih panas kerana cahaya mataharinya tertumpu 'pada/kepada' kawasan yang lebih kecil. Manakah penggunaan yang betul? Sekian.Penggunaan yang tepat ialah pada.Tatabahasa26.11.2015
Salam Negaraku! Mohon pandangan berkaitan terjemahan bagi "... features on, above and below the earth's surface" kepada ".... fitur pada, atas dan di bawah permukaan bumi." @ "fitur yang terdapat pada, atas dan bawah permukaan bumi". Sekian, terima kasih.Daripada contoh frasa yang diberikan, perkataan features dicadangkan padanannya dalam bahasa Melayu ialah bentuk atau ciri-ciri. (Contoh ayat: Bentuk geologi / Ciri-ciri geologi pada, di atas dan di bawah permukaan bumi adalah berbeza di hemisfera utara)Penyemakan dan penterjemahan05.04.2017
Perkataan `barat’ dan `timur’ ialah kata nama am sebagai penunjuk arah atau lokasi. Bagaimanapun sering saya temui tulisan dalam artikel, jurnal dan berita, huruf `B’ dan `T’ ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: 1. Pemerintah di Timur dan Barat menganggap … 2. Pandangan sarjana Barat tentang fenomena ini agak … 3. Masyarakat Barat sering melihat masyarakat Timur sebagai bangsa yang … Mohon dijelaskan, apakah alasannya? Tidak bolehkah huruf `T’ dan `B’ itu ditulis menggunakan huruf kecil `t’ dan `b’ atas sifatnya bukan nama khas tetapi nama am. Apakah panduan yang boleh diguna pakai dalam hal ini. Sekian, terima kasih.Merujuk kepada soalan tuan, setelah membuat tinjauan entri  kamus dapatlah dirumuskan seperti berikut:

1. Jika merujuk kepada arah mata angin: utara, selatan, timur, barat dan lain-lain ialah kata nama nama (huruf kecil) contoh: dikir barat, angin timur laut, selatan Semenanjung dan utara Semenanjung.

2. Jika merujuk tempat atau kawasan yang sudah diwartakan, jelas itu kata nama khas (huruf besar). Contoh: Malaysia Barat, Malaysia Timur, Asia Tenggara, Hemisfera Barat, DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, Dasar Pandang ke Timur dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya huruf besar dan huruf kecil adalah betul bergantung pada konteks makna yang diingini.

Bagi ayat 1,2 dan 3  di atas merujuk kawasan geografi secara umum, justeru huruf kecil t (timur) dan b (barat) mesti digunakan (sarjana barat, sarjana timur, masyarakat barat, masyarakat timur)

Oleh itu, Alasan yang kukuh untuk menentukan jenis huruf ialah aspek konteks/semantik yang ingin dinyatakan oleh penulis.
Ejaan16.01.2018

Kembali ke atas