Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hem.pas] | همڤس

Definisi : campak, banting; ~ tulang berisi perut prb rajin bekerja dapat rezeki; ~ tulang tak berbalas jasa prb bekerja keras tanpa beroleh faedah; berhempas; ~-pulas bekerja keras (mati-matian), membanting tulang: mereka ~-pulas mencari sesuap nasi; berhempas-hempas campak-mencampak, banting-membanting: mereka bertangkaplah di dlm istana itu, ~, tunggang-langgang; menghempas 1. membanting, menjatuhkan (diri): ia ~ ke katilnya; 2. memukul (bkn ombak dll): ombak ~ pantai dgn keras dan tidak henti-hentinya; 3. menutup pintu, ting­kap, dsb dgn melepaskannya dgn kuat: Hamid ~ pintu bilik utk menunjukkan kemarah­annya; ~ tulang urat = ~ tulang empat kerat menggunakan tenaga (kekuatan) sendiri mem­banting tulang utk mengerjakan sesuatu; menghempaskan membantingkan, mem­buang­kan, mencampakkan, menjatuhkan: dia ~ daun terup ke atas tikar; Ratna ~ badannya ke atas katil; terhempas terbanting, tercampak; hempasan 1. tempat ombak menghempas pantai (tempat yg dangkal); 2. perihal menghempas (bkn ombak), pukulan: ~ ombak yg sesekali itu menghanyutkan sampah yg terdapat di tepi pantai itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hem.pas] | همڤس

Definisi : ; berhempas; ~ pulas bekerja mati-matian; membanting tulang: Mereka bekerja ~ pulas utk menyiapkan projek itu. menghempas 1 bergerak dgn pantas; melakukan sesuatu dgn cepat: Ia ~ ke kanan dan ke kiri kerana kesakitan. 2 memukul pd (bkn ombak dll): Kedengaran bunyi ombak ~ ke pantai. menghempaskan 1 menjatuhkan sesuatu kuat-kuat ke bawah; membuang atau melemparkan sesuatu ke bawah; mencampakkan: Dia ~ badannya ke atas katil. Kerana terlalu marah, dia ~ surat khabar yg dipegangnya. 2 melepaskan (daun pintu dsb) dgn kuat: Dia ~ pintu bilik itu. terhempas 1 terjatuh dgn kuat; terbanting; tercampak: Kapal terbang itu telah ~ di sebuah pulau. 2 tertutup atau terbuka dgn kuat dan kena pd sesuatu: Daun tingkap itu ~ kerana ditiup angin yg kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hempas
Kata Terbitan : berhempas-pulas, menghempas, menghempaskan, terhempas, hempasan,

Puisi
 

Hempas-hempas jambatan pulih,
     Ikat gagak dimakan api;
Hitam lepas putih tak boleh,
     Buang tangga berhayun kaki.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hempas tulang berisi perut.

Bermaksud :

Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara LEPAS dan SELEPAS? Dalam konteks ayat yang bagaimanakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan? Terima kasih.
LEPAS - tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~;

selepas -kata terbitan perkataan lepas yang membawa maksud sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat;. Perkataan ini berperanan sebagai kata hubung waktu.

Lazimnya, kedua-duanya boleh digunakan apabila berfungsi sebagai kata hubung masa.
" Lepas" biasanya digunakan dalam bahasa percakapan. cth: Lepas sarapan, dia terus pergi kerja. 


Tatabahasa11.09.2012

Kembali ke atas