Saya ingin tahu makna peribahasa berikut: 1)bagai kunyit dan kapur 2)bagai cincin dan permata 3)bagai hempedu lekat di hati 4)seperti bulan dipagari bintang Terima kasih | 1.Sebagai kunyit dengan kapur. Takrif Mudah dan lekas mesra. 2. Seperti cincin dengan permata. Takrif Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin). 3.Bagai hempedu lekat di hati. Takrif Perhubungan yang sangat akrab. 4.Bulan dipagar bintang. Takrif Cocok segala-galanya. | Makna | 08.09.2009 |
apakah maksud perumpamaan SEPERTI HATI DAN HEMPEDU | Perhubungan yang sangat akrab. | Makna | 08.09.2009 |
Apakah padanan bagi istilah 'cholangiocarcinoma' yang merujuk kepada kanser duktus hempedu? Terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kolangiokarsinoma. | Istilah | 10.04.2017 |
Tuan,mohon jawapan tuan adakah penggunaan di bawah konteks ini betul.ini konteks yang sediakan kepada cikgu saya.saya mahu penggunaan bahasa ini betul kerana itulah jasa saya kepada cikgu.tolong. Bahasa melayu kaya dengan ayat dan imbuhan.pada masa yang sama,penutur bahasa melayu menggunakan keindahan bahasa secara betul ia kerana itulah pengorbanan mereke pada bahasa Melayu.Syahadan saya juga menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu suguz yang berjaya berkecimpung bidang perguruan selama-lamanya sehingga 20 tahun habis dengan pengalaman manis adapun sebarang peristiwa pahit kata orang tua-tua tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.Saya juga berharap bahawa,anda sudah memanfaatkan cetusan ilmu sebaik-baiknya dibekalkan kepada sebanyak 100 000 pelajar yang hendak belajar kepada cikgu.jutaan terima kasih yang kehormat cikgu suguz. | Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Penutur bahasa Melayu seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu Suguz atas jasa dan bakti dalam mencurahkan ilmu kepada saya. Cikgu Suguz yang telah berkecimpung dalam bidang perguruan selama 20 tahun telah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan seperti kata orang tua-tua, tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu. Saya amat menghargai segala ilmu yang telah dicurahkan oleh cikgu. Saya juga berharap, pelajar-pelajar lain juga mendapat manfaat sebaik-baiknya. Sekali lagi, ucapan terima kasih kepada Cikgu Suguz. | Tatabahasa | 20.06.2018 |
1. Bolehkah kita memulakan ayat atau satu-satu perenggan dengan "Untuk" ? 2. Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke mulutnya terasa __________ . ( pahit atau tawar ). Tolong jelaskan sebabnya. | i. Menurut data kami, perkataan "untuk" boleh berada di pangkal ayat. Sebagai contoh, "Untuk makluman ....." ii. Perkataan "pahit" bermaksud 1 (be)rasa tidak sedap seperti rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yang ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yang berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yang tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. Manakala perkataan "tawar" ialah 1 tidak ada rasa (bukan makanan, minuman dan sebagainya); tidak cukup manis, masin dan sebagainya; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bukan air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bukan ubat dan sebagainya); sudah hilang kekuatannya (bukan bisa atau racun). Oleh itu, berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, perkataan yang sesuai ialah "pahit". | Lain-lain | 28.06.2016 |