Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/] | هندق

Definisi : 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Hendak dipais ikan todak,
     Hendak diparut bukannya terung;
Hendak ditangis bukannya budak,
     Hendak terbang bukannya burung.


Lihat selanjutnya...(435)
Peribahasa

Diberi sejengkal hendak sehasta,
     diberi sehasta hendak sedepa.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(230)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud 'hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih'Maksud peribahasa "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" ialah tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan. Harap maklumMakna06.08.2007
apa maksud hendak seribu daya,tak hendak seribu dalihDalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" bermaksud "Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan".Makna16.08.2011
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut?Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja".Lain-lain08.09.2011
Apakah perbezaan antara "mahu" dengan "hendak"?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.
Tatabahasa21.11.2013
ayat manakah yang betul: 1. Awak hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan? (Awak hendak meminjam buku cerita atau rujukan?) 2. Kamu hendak meminjam buku atau memulangkan buku? (Kamu hendak meminjam atau memulangkan buku?) 3. Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan? (Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau perpustakaan?) sekian, terima kasih.1. Ayat yang betul ialah "Awak hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan?"

2. Ayat yang betul ialah "Kamu hendak meminjam atau memulangkan buku?"

3. Ayat yang betul ialaj "Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?"
Tatabahasa30.06.2013
hendak menyemak ejaan

Sila lihat Lampiran. Teks pada halaman pertama telah disemak. Untuk halaman kedua dan seterusnya sila semak ejaan, perkataan dan ayat yang digunakan dalam teks tersebut menggunakan Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan. Saudara boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan dalam laman web kami www.prpm.dbp.gov.my untuk memastikan ejaaan yang digunakan adalah betul dan lihat juga contoh penggunaan perkataan dalam ayat. Pastikan setiap ayat dimulakan dengan huruf besar dan setiap ayat diakhiri dengan noktah.

Ejaan26.08.2011
Hendak bertanya tentang penggunaan "Baru" dan "Baharu" serta 'Tahun Baru Cina' atau 'Tahun Baharu Cina'. Sekian

Merujuk Kamus Dewan kata baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Berdasarkan huraian tersebut ungkapan 'Tahun Baru Cina' dan 'Tahun Baharu Cina' kedua-duanya adalah betul.

Tatabahasa12.01.2011
hendak tahu tentang pola keselarasan vokal

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Tatabahasa24.05.2010
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH.

Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris,  cth. menangguhkan penyelenggaraan pro-

                                                   jek; iii.  memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar.

Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. 

Tatabahasa07.03.2009
Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau di Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau Johor. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasihKata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Ayat yang betul ialah Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau ke Johor.Tatabahasa27.02.2013
12345678910...

Kembali ke atas