Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.ta.man] | هنتمن

Definisi : 1. hasil (kesan, perbuatan dsb) menghentam (melanggar dsb) dgn kuat: ~ akibat pelanggaran menyebabkan kereta itu remuk sama sekali; ~ meteorit dapat meng­hasilkan tenaga kinetik dan haba yg sangat besar; 2. kecaman: ~ hebat Hitler terhadap peraturan atau sistem hidup selepas perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hentam
Kata Terbitan : berhentam, menghentam, hentaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Terjemahan bagi "impact sensor" yang sesuai adalah "sensor impak" atau "sensor kesan" atau "sensor pengesan"? Penggunaan dalam bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Tuan,

Untuk makluman, terjemahan bagi perkataan impact sensor tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada "sensor hentaman".
Penyemakan dan penterjemahan05.06.2019

Kembali ke atas