Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.tian] | هنتين

Definisi : 1. tempat berhenti (kenderaan dll), perhentian: H~ Pudu Raya; 2. hasil berhenti; 3. (Lin) bunyi bahasa yg dihasilkan drpd penutupan sepenuhnya pd titik artikulasi tertentu dlm saluran suara: ~ glotis; ~ implosif; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hen.tian] | هنتين

Definisi : tempat (kenderaan dsb) berhenti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hentian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tanya bahawa betul ataupun salah ejaan ini, Hentian Puduraya ?Berdasarkan panduan ejaan,  "Hentian Puduraya" sepatutnya  dieja sebagai Hentian Pudu Raya. Walau bagaimanapun,  "Hentian Puduraya ialah nama khas dan penetapan ejaannya terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sekiranya nama ini telah diwartakan, ejaannya tidak boleh ditukar dan hal ini adalah di luar bidang kuasa DBP. Untuk makluman,   penamaan selepas tahun 1972 sepatutnya menggunakan ejaan yang baharu yang telah diselaraskan.Ejaan02.02.2016
perhentian bas atau hentian bas? apa bezanya? tqMenurut Kamus Dewan, perhentian dan hentian membawa maksud yang sama. Jadi, tidak ada perbezaan antara perhentian bas dan hentian bas.Istilah20.11.2012
Yang manakah perkataan yang mengalami glotalisasi ketika membunyikannya? soalan, lautan, muatan , keadaan? yang saya pasti 'keadaan' tapi satu lagi jawapan ialah? dan kenapa?Merujuk bidang linguistik, hentian glotis bermaksud bunyi hentian yang dihasilkan dengan menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba. Konsonan yang menerima hentian glotis ialah konsonan k yang penggalannya di hujung perkataan dan tidak dapat dibunyikan, lazimnya dijumpai dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab. Tidak terdapat unsur glotalisasi dalam contoh kata yang saudara berikan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Fonetik dan Fonologi, Arbak Othman.Tatabahasa29.10.2010
apakah maksud glotalisasi? apakah konsonan yang mengalami glotalisasi?Merujuk bidang linguistik, hentian glotis bermaksud (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba. Konsonan yang menerima hentian glotis ialah konsonan k yang penggalannya di hujung perkataan dan tidak dapat dibunyikan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Fonetik dan Fonologi (Arbak Othman).Lain-lain20.10.2010
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya ingin bertanya, bagaimana cara ingin pergi ke DBP dari dengan menggunkan KTM dari Serdang? Terima Kasih.Untuk makluman tuan/puan, KTM tidak mempunyai hentian yang berhampiran dengan DBP. Tuan/Puan perlu berhenti di KL Sentral terlebih dahulu. Kemudian, tuan/puan boleh mengambil LRT dan berhenti di Hentian Hang Tuah. Dari Hentian Hang Tuah, tuan/puan perlu berjalan kaki menuju ke DBP dalam anggaran masa 10-15 minit.Lain-lain05.04.2018
Adakah terdapat perbezaan maksud di antara "stesen bas" dengan "terminal bas"? Contoh: Terminal Bas Putra (Kuala Lumpur), Stesen Bas Kota Bharu (Kelantan), Terminal Bas Bersepadu Selatan (Kuala Lumpur).

Terminal juga bermaksud stesen atau hentian. Walau bagaimanapun lazimnya stesen digunakan untuk hentian yang agak kecil seperti Stesen Bas Kuala Lipis, manakala terminal digunakan untuk hentian yang besar atau tempat transit untuk pelbagai jenis pengangkutan seperti Terminal Bersepadu Selatan.

Tatabahasa21.09.2012
1. Adakah ayat ni betul 'ke hentian bas'? 2. Adakah ayat in betul ' Selesai memandikan arwah saya pandang jam.' 3.Dapat di terimakah perkataan 'Dek kerana itu' 4. adalah perkataan ini betul ' titianSiratul Mustaqim'?1. Ayat itu betul.
2. Ayat tersebut tidak gramatis.
3. Dek bermaksud kerana, frasa deka kerana itu tidak gramatis penggunaannya.
4. Frasa 'siratal mustakim' bermaksud jalan yang lurus, penggunaannya harus sesuai dengan konteks maknanya.
Tatabahasa20.03.2012
Antara berikut, istilah manakah yang paling sesuai untuk merujuk kepada stesen pengangkutan awam ? A. Stesen Bas Ulu Tiram B. Terminal Bas Ulu Tiram C. Perhentian Bas Ulu Tiram D. Hentian Bas Ulu Tiram E. Ulu Tiram Sentral Terima kasih. :)Mengikut Kamus Dewan, (1) stesen ialah bangunan perhentian kereta api atau bas; (2) terminal ialah stesen atau bahagian bangunan di lapangan terbang dll tempat penumpang tiba (pada akhir perjalanan) atau berlepas (memulakan perjalanan); (3) perhentian/ (4) hentian ialah tempat berhenti (bas, teksi, dll). Keempat-empat perkataan tersebut boleh merujuk stesen pengangkutan awam, tetapi kelima-lima nama yang tuan berikan tidak boleh merujuk pengangkutan awam kerana bas bukan satu-satunya pengangkutan awam di negara kita.Istilah28.08.2014
1. Apakah penggunaan yang betul mertua ataupun mentua? 2. Dalam bab Fonologi, bolehkan tuan jelaskan tentang hentian glotis [ ? ] misalnya untuk perkataan [ kata?] dengan glotis untuk perkataan [ sa/at ] 3. Seperti yang umum tahu terdapat penggunaan kata 'untuk' yang kadang-kadang digunakan sebagai kata sendi nama dang boleh juga berfungsi sebagai Kata Hubung Pancangan Komplemen. Bolehkah tuan membezakan penggunaan kedua-duanya.Bagi membantu saudara menyelesaikan permasalahan ini, mohon agar dapat dibuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi (Arbak Othman) dan Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain26.10.2007
Salam sejahtera, Manakah yang sesuai digunakan bagi terjemahan "Fuel stop"? a) Perhentian minyak b) Perhentian bahan api c) Lain-lain (cadangan anda). Mohon bantuan DBP. Terima kasih.

Terjemahan untuk ‘fuel stop’ boleh ‘hentian/perhentian/stesen bahan api’ atau ‘ ‘hentian/perhentian/stesen bahan api’ bergantung pada tempat yang puan maksudkan. Di Malaysia, ‘petrol station’ ialah ‘stesen minyak’  manakala kebanyakan ‘fuel’ merujuk pada bahan api.

Makna26.01.2015
12

Kembali ke atas