Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.pa.ti.tis] | هيڤاتيتيس

Definisi : (hépatitis) (Ubat) penyakit radang hati yg disebabkan oleh jangkitan (biasanya ditandai demam dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hepatitis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Adakah susunan ayat di bawah bagi penggunaan 'positif' betul? Untuk mengetahui sama ada anda mempunyai virus hepatitis aktif dan memantau tahap virus semasa kajian jika anda positif Hepatitis B atau C.

Kedudukan perkataan positif dalam ayat “jika anda positif Hepatitis B atau C” betul. Namun begitu, ayat sebelumnya tidak jelas apa yang pihak tuan mahu sampaikan.

Tatabahasa04.10.2019
Saya ingin menanya apakah perkataan yang sesuai untuk ayat dibawah iaitu "menghentikan" atau "memberhentikan". Berikut adalah ayat tersebut: Jika anda tidak ingin meneruskan penyertaan selepas andamenghentikan rawatan, anda harus terus berjumpa dengan doktor anda secara tetap, kerana virus Hepatitis B boleh “meradang” ke paras yang tinggi dan menyebabkan kerosakan kepada hati anda dalam minggu-minggu selepas menghentikan terapi. Bolehkah tuan menjelaskan makna setiap perkataan tersebut.Menurut Kamus Dewan memberhentikan bermaksud 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti. 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan. 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan. Memberhentikan juga bermakna menghentikan.Makna02.11.2007

Kembali ke atas