Apakah perkataan yang sesuai digunakan bagi menterjemahkan "man-hour" dan "man-day" ke dalam bahasa malaysia? | Padanan istilah yang sesuai untuk "man-hour" ialah "jam-manusia", manakala "man-day" pula membawa maksud "hari-tenaga". | Istilah | 07.09.2017 |
adakah dianjurkan boleh diikuti dengan kata sendi di. contoh ayat Pertandingan iutu dianjurkan di SJKC Man Hon, atau Pertandingan dianjurkan olehSJKC Man Hon. | Ayat yang betul ialah “Pertandingan dianjurkan oleh SJKC Man Hon” atau “Pertandingan itu akan diadakan di SJKC Man Hon”. Maksud “dianjurkan” di sini dikaitkan dengan pelakunya, iaitu SJKC Man Hon. Oleh itu, kata sendi “di” tidak boleh digunakan selepas “dianjurkan”. | Tatabahasa | 27.08.2018 |
contoh perkataan yang berakhir dengan inbuhan man dan nita | Contoh perkataan yang berakhir dengan imbuhan 'man' ialah seniman dan budiman. Manakala contoh imbuhan berakhiran 'nita' ialah biduanita. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 16.06.2009 |
Ingin tahu ejaan yang betul mantera atau mentera? Bagaimana sebutannya? man-te(pepet @taling?)-ra atau men-te(pepet@taling?)-ra. | Ejaan yang betul ialah mantera. Sebutan yang betul ialah e pepet, man.te.ra. | Tatabahasa | 13.10.2013 |
Salam sejahtera, Mint beri beberapa contoh kata imbuhan asing akhiran "-man" dan "-nita" memandangkan apa yang saya lihat selalu cuma ada "budiman, seniman dan biduanita". Terima kasih. | Penggunaan imbuhan asing seperti nita dan man kurang produktif digunakan dalam bahasa Melayu.Beberapa perkataan tersebut seperti seniman, budiman, biduanita dan karyawanita. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 05.09.2013 |
Salam. Apakah padanan BM yang sesuai untuk istilah "rule of man" seperti yang dimaksudkan dalam https://en.wikipedia.org/wiki/Rule_of_man? Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah rule of man ialah kedaulatan manusia. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 06.08.2023 |
minuman = mi + nu + man hadiah = ha + diah pertukaran = per + tu + ka + ran yang ditulis di atas tu ialah suku kata ke? ada orang cakap patut tulis macam ini:- minuman = mi + num + an hadiah = ha + di + ah pertukaran = per + tu + kar + an jadi macam mana ni? | Pemisahan suku kata yang betul adalah seperti yang berikut: 1. mi-num-an 2. per-tu-kar-an 3. ha - di - ah Sebutan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. mi-nu-man 2. per-tu-ka-ran 3. ha-diah | Ejaan | 04.10.2013 |
Assalammualaikum. Saya hendak mendapatkan kepastian untuk mengira patah perkataan di dalam teks. Kata nama seperti si Comel, Encik Ali, Pak Man, kim wah dikira sebagai berapa patah perkataan? Terima kasih. | As salam, Papah perkataan dikira seperti berikut ; si comel = dua patah perkataan, Encik Ali = dua patah perkataan, Pak Man = dua patah perkataan dan Kim Wah = dua patah perkataan | Tatabahasa | 18.02.2013 |
Secara logiknya, dalam pengiraan jumlah patah perkataan, kata sendi nama ' di sini atau di situ" ,adakah dikira 2 patah perkataan? KN Khas, Taib Mahmud bin Tuan man, adakah dikira 4 patah? TQVM | Bilangan patah perkataan bagi perkataan di sini ialah dua patah kata dan Taib Mahmud bin Tuan Man ialah lima patah kata. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
salam. penggunaan yang man adalah betul? 1. pengikat kata Responden telah mengetahui kewujudan opsyen “Lepas Dengan Amaran” bagi tindakan saringan pengimportan pada tab “Pintu Masuk” dalam sistem. atau 2. italicise Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Atau 3. penggunaan huruf besar sahaja Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Sebagai maklumat tambahan, perkataan “Lepas Dengan Amaran”dan “Pintu Masuk” adalah perkataan yang perlu diklik/dipilih dalam tab di webpage. Terima kasih. | Pilihan perkataan yang dinyatakan boleh ditulis dengan: 1. tulisan tebal (bold) Lepas dengan Amaran, Pintu Masuk atau 2. menggunakan tanda petik "..." "Lepas dengan Amaran", "Pintu Masuk" | Tatabahasa | 27.03.2023 |