Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[her.nia] | هرنيا

Definisi : (Ubat) tonjolan lebihan tisu badan ke permukaan kulit melalui rongga atau liang, burut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hernia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya adalah seorang pelajar Sarjana Pembedahan Am di UKM. Saya sedang menjalankan kajian untuk menilai keberkesanan sebuah chatbot AI yang saya cipta dalam memberikan kaunseling prapembedahan kepada pesakit yang akan mejalani pembedahan tiroid dan hernia. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menguji chatbot ini dan memberi maklum balas berkaitan kesesuaian dan ketepatan penggunaan bahasa dalam komunikasi dengan pesakit. Dengan ini, saya melampirkan pautan untuk mengakses chatbot tersebut. Maklum balas daripada pihak tuan/puan amat dinantikan. Pihak tuan/puan boleh menghubungi saya melalui emel saya (shan.thevan@gmail.com) atau telefon bimbit saya (0103996395). Terima Kasih Pautan ke chatbot: https://www.chatbase.co/chatbot-iframe/ptKNRg5NEIjFWijlviAqs https://www.chatbase.co/chatbot-iframe/FiV9jVDYJ7pBHIPQnHWH8

Terima kasih kerana sudi menghubungi kami bagi mendapatkan khidmat penyemakan dokumen.

Untuk penyemakan aspek bahasa dalam chatbot tersebut, mohon jasa baik tuan untuk menghantar fail dokumen yang ingin disemak kepada e-mel, nawal@dbp.gov.my.

Mohon sediakan dokumen dalam format langkau 2 baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified).

Kami akan meneliti dahulu dokumen dan menyediakan sebut harga, serta menyatakan tempoh masa penyemakan yang bersesuaian untuk pertimbangan tuan.

 

Tatabahasa24.10.2024

Kembali ke atas