Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.ro] | هيرو

Definisi : (héro) 1. orang yg terkenal atau disegani kerana keberanian (kegagahan, peribadi yg mulia, dll); 2. watak lelaki utama dlm cerita drama, filem, dll: Inu Kertapati menjadi ~ dlm cerita-cerita Panji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.ro] | هيرو

Definisi : /héro/ 1 orang yg dipandang mulia dan dihormati kerana keberanian atau kegagahannya. 2 tokoh lelaki yg memegang peranan utama dlm sesebuah cerita dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hero


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Berdasarkan permeriksaan, perkataan Hero terdapat dalam kamus bahasa melayu. Jadi, bolehkah Hero digunakan dalam iklan bahasa melayu tanpa diterjemahkan?Kata Hero ada dalam bahasa Melayu dan tidak perlu diterjemah.Tatabahasa11.04.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hero diterjemahkan sebagai wira di dalam Bahasa Melayu, manakala superhero diterjemahkan sebagai adiwira (saya tidak pasti samada adiwira ditulis dengan jarak atau tidak.). Jadi, bolehkah saya menterjemahkan istilah - istilah komik seperti "super strength", "super speed" dan "super hearing" sebagai "adi kuat", "adi laju" dan "adi dengar/rungu(pendengaran dalam bahasa indonesia)? Terima kasih.Istilah yang dicadangkan boleh digunakan dan perlu dieja sebagai satu perkataan, iaitu adikuat, adilaju dan adidengar  Istilah18.07.2016
Salam 1Malaysia, Tuan, apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk merujuk kepada kain layang atau 'cape' yang dipakai oleh hero Superman di belakangnya? Terima kasih.Istilah cape dalam bidang Kesenian diterjemahkan kepada mantel.Istilah23.03.2012

Kembali ke atas