Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.te.ro.gen] | هيتروݢن

Definisi : (héterogen) terdiri drpd berbagai-bagai jenis, pelbagai: rakyat Malaysia yg ~; keheterogenan perihal atau sifat heterogen, kepelbagaian, keanekaragaman: sejarah yg heterogen dibayangkan dgn ~ teks. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata heterogen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada satu soalan tentang penggunaan perkataan. Bilakah kita boleh menggunakan perkataan “ heterogen”, bilakah kita boleh menggunakan perkataan “pelbagai”? Bolehkah tuan/puan memberikan contoh? Bolehkah saya menggunakan “heterogen kaum”, atau “heterogen orang”, “heterogen masyarakat” ? Terima kasih.Makna bagi kata heterogen ialah:

heterogen kata adjektif
1 (berkenaan bandar, penduduk dan sebagainya) berjenis-jenis yang berbeza sifatnya.
Contoh penggunaan
Bandar yang bersifat kosmopolitan dan heterogen merupakan ciri-ciri penting dalam kekuatan pertumbuhan budaya.

2 Kimia
berkaitan dengan proses yang melibatkan bahan dalam fasa yang berbeza.
Contoh penggunaan
pemangkinan heterogen;

keheterogenan kata nama
hal atau sifat heterogen:
contoh penggunaan
Keheterogenan masyarakat dapat dilihat dari segi tingkat pendidikan, ekonomi dan budaya.

Untuk maklumat lanjut tentang kata dalam bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna02.12.2023
Terdapat heterogen usaha untuk memajukan sektor pertanian. Soalan: Bolehkah guna heterogen usaha?

Encik Chong

Perkataan ini tidak boleh digunakan dalam ayat seperti di atas kerana lebih sesuai digunakan perkataan pelbagai

Makna22.08.2010

Kembali ke atas