Penterjemahan dalam Bahasa Malaysia untuk perkataan roofing dan awning. | Roofing bermaksud atap dan awning pula bermaksud sengkuap hias. Sila rujuk Daftar Istilah Kejuruteraan dan Daftar Istilah Alam Bina Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 27.03.2003 |
SILA PERIKSA BANNER INI, UNTUK MEMOHOM LESEN | Sila buat pembetulan perkataan HP kepada TB, simbol & perlu dieja penuh menjadi dan, Pelekat Dinding kepada Kertas Hias Dinding. Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan setelah membuat pembetulan. | Tatabahasa | 12.06.2013 |
Assalamualaikum.Saya ingin tahu apakah yang dimasudkan bagi istilah "Alamanda"Boleh pihak DNP jelaskan dengan kadar yang secepat mungkin | Alamanda ialah tumbuhan renek (perdu) bergetah yang banyak ditanam sebagai tanaman hias, bunganya besar-besar berwarna kuning dan berbentuk trompet. | Makna | 17.03.2008 |
Tuan, bolehkah perkataan "Toping" di gunakan. Toping (Bahasa Inggeris, topping) adalah krim atau gula yang disapu di atas kek atau Aiskrim. Terima kasih. | Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk topping ialah hias atas atau hiasan. | Istilah | 01.10.2012 |
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikan | Kelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana. (Pendeta Za’ba,) | Lain-lain | 26.07.2008 |