Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.bah] | هيبه

Definisi : Ar pemberian hak (harta) secara sukarela kpd orang lain dgn tujuan baik; menghibahkan memberikan (pd masa si pemberi masih hidup): ia telah ~ tanah itu kpd sahabatnya selagi ia hidup; penghibahan perbuatan memberikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hibah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sejak kebelakangan ini, terma Hibah Takaful atau Takaful Hibah digunakan dalam mempromosikan hibah bersyarat di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Walau bagaimanapun, kedua-dua terma ini digunakan secara meluas dalam bahan-bahan promosi Bahasa Malaysia. Bolehkah DBP sahkan yang mana satu yang betul untuk dipakai dalam bahan promosi Bahasa Malaysia.Terma Hibah Takaful/Takaful Hibah digunakan dalam bidang Perancangan Kewangan dan Harta Pusaka. Tiada maklumat tentang kedua-dua istilah ini dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun, merujuk HUkum D - M, dalam konteks ini yang diterangkan ialah Hibah dan yang menerangkan ialah Takaful. Oleh itu, istilah yang tepat dalam konteks ini ialah Hibah Takaful. Contoh lain ialah Hibah Harta, Hibah Insurans dan Hibah ASB.Tatabahasa27.08.2025
Terima kasih untuk nasihat sebelum ini di mana Hibah Takaful adalah perkataan yang betul untuk digunakan dalam Bahasa Malaysia (rujuk tangkap layar yang dilampirkan). Soalan saya seterusnya - Adakah Hibah Takaful boleh digunakan juga dalam Bahasa Inggeris atau ada perkataan lain yang lebih tepat di dalam Bahasa Inggeris, misalnya Takaful Hibah? Bantuan DBP adalah amat dihargai.Penggunaan dalam bahasa Inggeris adalah di luar bidang kuasa DBP, melainkan istilah yang telah disediakan padanan dalam dwibahasa. Lain-lain18.09.2025

Kembali ke atas