Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ber.na.si] | هيبرناسي

Definisi : (Bio) keadaan tidak aktif, atau tidur sepanjang musim sejuk bagi sesetengah haiwan; berhibernasi tidur sepanjang musim sejuk (bkn binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ber.na.si] | هيبرناسي

Definisi : ist keadaan dorman atau tidak aktif bagi setengah-setengah haiwan dlm musim sejuk (dingin): Semasa ~, suhu badan haiwan berdarah panas turun dgn banyaknya. berhibernasi menghabiskan musim sejuk dlm keadaan dorman atau tidak aktif (bkn setengah-setengah haiwan): Kelawar, tupai dan landak ialah antara mamalia yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hibernasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan, Pertanyaan saya seperti berikut: - 1) “Junk cleaner analyzes background hibernate apps and running apps overheating your phone” diterjemahkan kepada “Pembersih sarap menganalisa aplikasi berehat sementara latar belakang dan aplikasi yang sedang berjalan yang menjadikan telefon anda terlampau panas”. Adakah “hibernate” sesuai diterjemahkan kepada “berehat sementara”, “hibernat” dan “hibernasi”? Jika tidak sesuai, diharap tuan dapat memberikan penjelasan dan perkataan yang betul serta penggunaan imbuhan yang tepat. 2) “Battery Power Saver extend battery life by analyzing battery status and hibernating battery-draining apps.” diterjemahkan kepada “Penjimat Kuasa Bateri memanjangkan hayat bateri dangan menganalisa status bateri dan merehatkan sementara aplikasi pengalir bateri.” Adakah “hibernating” sesuai diterjemahkan kepada “merehatkan sementara”, “menghibernatkan” dan “menghibernasikan”. Jika tidak sesuai, diharap tuan dapat memberikan penjelasan dan perkataan yang betul serta penggunaan imbuhan yang tepat. Sekian, terima kasih.

Waalaikumussalam. Terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1)  Pembersih sarap menganalisis aplikasi rehat sementara di latar belakang dan aplikasi sedang jalan yang menjadikan telefon anda terlampau panas.

2)  Penjimat Kuasa Bateri memanjangkan hayat bateri dengan menganalisis status bateri dan aplikasi susut kuasa bateri yang sedang rehat sementara.

 

Sekian. Terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan03.03.2017

Kembali ke atas