Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dang] | هيدڠ

Definisi : ; menghidangkan 1. = berhidang menyajikan atau menyediakan makanan (minuman dll): air kopi yg dihidangkan oleh isterinya sudah habis diminumnya; apabila kita berhidang utk tamu hari raya tentulah tidak ketinggalan kita menyediakan minum­an; 2. ki mengutarakan atau mengemukakan sesuatu perkara (dlm mesyuarat dll): penga­rang surat khabar ~ masalah pengangguran dlm tajuk rencananya; 3. ki memperdengar­kan, mempertunjukkan dsb kpd orang ramai, mempersembahkan: penyanyi itu telah ~ lima buah lagu dlm pertunjukan itu; hidangan 1. makanan yg disediakan, sajian: maka didapatinya Mak Andeh masih bersiap menyajikan ~; ~ Melayu makanan masakan Melayu; 2. sesuatu (spt lagu, muzik, drama) yg diperdengarkan, diperlihatkan, dsb: ma­sing-masing menyandar ke kerusi menden­gar ~ lagu-lagu merdu drpd peti radio; sehidangan 1. satu hidangan: anak gadisnya muncul membawa ~ kopi dan kuih-muih; 2. sama hidangan (sewaktu makan): makan sehidang(an); penghidangan perihal menghidangkan, pe­nya­jian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dang] | هيدڠ

Definisi : ; menghidangkan menyediakan (makanan atau minuman di meja dll); menyajikan (makanan, minuman dll): Emaknya ~ minuman dan kuih di atas meja. hidangan 1 makanan atau minum­an yg dihidangkan atau disajikan; sajian: Silalah makan ~ yg tidak sptnya ini. 2 sesuatu yg dipersembahkan (diperdengarkan atau diperlihatkan): Masing-masing bersandar di kerusi mendengar ~ lagu-lagu merdu dr radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidang
Kata Terbitan : berhidang, menghidangkan, hidangan, penghidangan,

Puisi
 

Jangan dulu memecah dulang,
     Saya menjual hidang kain;
Jangan dulu berempat pulang,
     Belum puas kita bermain.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul? 1. Zaiton hidang pelbagai jenis juadah di atas meja. 2. Zaiton menghidang pelbagai jenis juadah di atas meja.Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. Menurut Kamus Pelajar, perkataan hidang sama dengan menghidangkan iaitu menyediakan (makanan atau minuman di meja dan lain-lain); menyajikan.Tatabahasa20.05.2013
Penggunaan kosa kata MAKANAN CEPAT SAJI, boleh digunakan dalam Bahasa Melayu?Penggunaan “makanan cepat saji” tidak sesuai digunakan. Kami mencadangkan supaya ditukar kepada “makanan sedia hidang”. Walau bagaimanapun, bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.  Tatabahasa27.09.2022

Kembali ke atas