Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.da.ngan] | هيدڠن

Definisi : 1. makanan yg disediakan, sajian: maka didapatinya Mak Andeh masih bersiap menyajikan ~; ~ Melayu makanan masakan Melayu; 2. sesuatu (spt lagu, muzik, drama) yg diperdengarkan, diperlihatkan, dsb: ma­sing-masing menyandar ke kerusi menden­gar ~ lagu-lagu merdu drpd peti radio; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.da.ngan] | هيدڠن

Definisi : 1 makanan atau minum­an yg dihidangkan atau disajikan; sajian: Silalah makan ~ yg tidak sptnya ini. 2 sesuatu yg dipersembahkan (diperdengarkan atau diperlihatkan): Masing-masing bersandar di kerusi mendengar ~ lagu-lagu merdu dr radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidang
Kata Terbitan : berhidang, menghidangkan, hidangan, penghidangan,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin membuat Pengesahan penggunaan bahasa iklan iaitu " Hidangan Supreme untuk Kepuasan Maksimum" untuk diiklankan kepada umum.Kami cadangkan: Hidangan Utama untuk Kepuasan Maksimum atau Hidangan Istimewa untuk Kepuasan Maksimum.Lain-lain30.04.2012
Apakah istilah tepat dalam Bahasa Melayu bagi 'Signature Dish' dalam bidang masakan?Istilah bahasa Melayu bagi "signature dish" tiada dalam rujukan kami, walau bagaimanapun padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah hidangan atau masakan istimewa atau utama.Istilah28.05.2009
1.Ibu membeli makanan laut di pasar . 2.Ibu membeli hidupan laut di pasar. Apakah yang kita panggil jika ikan,udang yang belum dimasak ? makanan laut atau hidupan laut ?

Makanan laut ialah makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong. Oleh itu, yang belum dimasak itulah hidupan laut. 


Tatabahasa27.09.2010
Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih.Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih.
Ayat 1, 2 dan 3 merupakan ayat perintah (jenis ayat permintaan). Sementara kata 'jemput, 'ayu'h dan 'mari' merupakan ayat perintah jenis silaan. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 450-452.
Tatabahasa10.05.2013
maksud: peranan konteks dalam menentukan makna (semantik) serta contoh ayat.Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya.

Contoh:

1. Awak betul-betul hati batu ( hati membawa maksud degil, tetap pendirian)

2. Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati membawa maksud organ haiwan yang menjadi hidangan yang menyelerakan)

3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan).

Tatabahasa18.08.2008
Selamat pagi, Baru-baru ini, sebuah pengusaha makanan francais menggunakan “Sensasi Delight” sebagai nama bagi promosi resipi terbaru mereka. Soalan saya, adakah nama ini dibenarkan penggunaannya untuk tujuan pengiklanan? Adakah penggunaan bahasa campuran menjadikan ianya tidak sah digunakan bagi tujuan pengiklanan? Berbangkit daripada soalan diatas, syarikat kami pula ada mencadangkan nama “Rasalicious Roaster” bagi sebuah pengusaha makanan francais yang lain yang mempromosikan ayam panggang sebagai menu utama. Rasalicious – Gabungan “Rasa” + cedokan “licious” dari Delicious = Sedap Roaster – Panggang Soalan saya, adakah “Rasalicious Roaster” sah digunakan sebagai nama produk bagi tujuan pengiklanan kami? Harap pihak Tuan dapat membantu menjawab persoalan saya ini. Terima kasih.Kedua-dua perkataan ini tidak boleh diterima kerana kedua-duanya mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan menjadi bahasa rojak. Perkataan sensasi delight boleh digantikan dengan hidangan sensasi dan rasalicious digantikan dengan rasa enak.    Tatabahasa20.06.2008
Terdapat kekeliruan..adakah frasa "Restoran Ong Kee (Tauge Ayam)" boleh diguna pakai? Atau "Restoran Tauge Ayam Ong Kee"...?Jika penekanan perniagaan ialah pada menu istimewanya, ayat yang betul ialah Restoran Tauge Ayam Ong Kee. Jika nama pemilik atau pengasas perniagaan yang diutamakan, ayat yang betul ialah Restoran Ong Kee. Saya telah meneliti papan tanda rangkaian “Restoran Ong Kee Tauge Ayam”  melalui internet. Perkataan Restoran Ong Kee (Tauge Ayam) membawa kekeliruan makna. Namun, untuk tujuan perniagaan, melalui kreativiti reka bentuk papan tanda, penekanan terhadap perkataan Restoran Ong Kee dan perkataan Tauge Ayam boleh kelihatan setara. Misalnya: Di bahagian kiri papan tanda ialah perkataan Restoran Ong Kee (pada baris pertama Restoran, pada baris kedua Ong Kee); di bahagian kanan papan tanda, pada baris pertama ialah perkataan Tauge Ayam, pada baris kedua ialah terjemahannya dalam tulisan Cina (Nga Choy Kai). Di bahagian tengah, letak pemisah, misalnya gambar hidangan tauge ayam tersebut.  Tatabahasa29.09.2011

Kembali ke atas