[hi.dro.kar.bon] | هيدروکربون
Definisi : (Kim) sebatian organik yg terdiri drpd unsur-unsur hidrogen dan karbon; ~ alifatik hidrokarbon yg atom-atom karbonnya tersusun dlm bentuk rantai lurus atau rantai bercabang (mis alkana, alkena, dan alkuna); ~ siklik hidrokarbon yg sebahagian atau kesemua atom karbonnya tersusun dlm bentuk gelang tertutup; ~ tak tepu hidrokarbon yg mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua dan/atau satu ikatan ganda tiga di antara atom-atom karbonnya; ~ tepu hidrokarbon yg unsur karbonnya terikat antara satu sama lain dgn ikatan tunggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hi.dro.kar.bon] | هيدروکربون
Definisi : ist bahan-bahan (spt benzin) yg terdapat hidrogen dan karbon di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)