Merealisasi atau merealisasikan? Tolong berikan contoh apabila me...(diakhiri dengan) kan dan me... tidak diakhiri dengan kan seperti menyepak bola dan alasan kenapa ia begitu. Ada di diakhiri dengan kan ada yang tidak, tolong jelaskan. | Merealisasi atau merealisasikan , keduanya-duanya boleh digunakan. Terdapat sebilangan kecil kata yang menerima apitan meN-…-kan dan meN…-i, penggunaanya silih berganti tanpa membezakan makna, contohnya: Ali sedang membaiki/membaikkan keretanya yang rosak. Kami masih dalam proses merealisasi/merealisasikan cita-cita kami. Perkataan merealisasi sebenarnya terdiri daripada kata dasar realisasi yang menerima apitan meN-…-i (merealisasii) tetapi telah digugurkan satu i. Kata kerja boleh dihasilkan dengan proses pengimbuhan sama ada imbuhan awalan , akhiran, apitan dan sisipan. Kata kerja yang terbentuk daripada imbuhan awalan meN- (variasinya: me-, mem-, men-, meng-) menerbitkan dua makna: 1) melakukan perbuatan atau 2) menyatakan keadaan. Bagi makna melakukan perbuatan dipecahkan kepada lima maksud iaitu i) melakukan sesuatu , contohnya: merayu, membuka, mentadbir, mengheret, menjahit (Emak menjahit baju). ii) mengeluarkan suara, contohnya: mengaum, mengiau; iii) membuang, contohnya: merumput; iv) menuju sasaran, contohnya: menepi, mendarat; v) menjadi seperti atau menyerupai sesuatu, contohnya: membusut. Bagi makna menyatakan keadaan dipecahkan kepada dua iaitu i) hidup sebagai, contohnya: membujang, menjanda; ii) menjadi, contohnya: memanjang. Kata kerja yang terbentuk daripada apitan meN …kan menghasilkan maksud : i) membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, contohnya: Dia merundingkan hal itu tadi. ii) kausatif atau menyebabkan, contohnya: Aril memanjangkan bacaan doanya. iii) manfaat, contohnya: Emak menjahitkan adik baju kurung. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 143 – 223. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
1)perbezaan antara (baru) dan (baharu) 2)selepas imbuhan akhiran (-kan) tidak boleh meletakkan objek hidup, tetapi adakah ayat berikut betul? ibu memasakkan ayah bubur. ibu menjahitkan kakak sehelai baju tq | 1. Dalam Kamus Dewan baru dan baharu sama maknanya iaitu belum (tidak) ada sebelumnya, (yang) belum lama wujud. Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. 2. Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- dan boleh meletakkan objek hidup selepas kata kerja tersebut. Contoh, Ibu memasakkan ayah bubur | Tatabahasa | 02.03.2009 |
Salam sejahtera Tuan/ Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan men kan atau me ... an - boleh diikuti dgn kata ' akan ' ? Contohnya : 1. Dia rindukan akan ibunya. (Sepatutnya kata adjektif emosi tidak boleh diletakkan " kan " pada penghujungnya - Dia rindu akan ibunya.) 2. Bagaimana pula dengan ayat : Dia amat merindukan akan ibunya ? (kata adjektif emosi sudah bertukar menjadi kata kerja transitif ' merindukan ' ). Bagaimanakah caranya untuk membetulkan ayat tersebut ? a. Dia amat rindu akan ibunya ? b. Dia amat merindui akan ibunya ? c. Dia amat merindui ibunya ? *** d. Dia amat merindukan ibunya ? e. Dia amat merindu akan ibunya ? atau ada jawapan lain yang lebih tepat ? *** 'men ... an ' perlu diikuti dengan objek tidak hidup, betul ? Cthnya : ... menghadiahkan sepucuk surat kepada ibunya. ... merindukan masakan ibunya. manakala ' men ... i ' perlu diikuti dgn objek hidup : ... merindui ibunya ... menasihati pelajarnya Terima kasih & maaf kerana mengganggu. ChoyHH ( choy862003@yahoo.com) | 1. Ayat yang betul ialah Dia rindu akan ibunya. 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 194, di bawah subtajuk (c) Jenis Kata Kerja yang terbentuk (dengan Apitan meN-...-kan), binaan ayat yang menerima kata kerja berapitan meN-...-kan adalah: subjek + kata kerja (meN-...-kan) + objek. Sama juga binaan ayat untuk kata kerja berapitan meN-...-i. Oleh itu, binaan ayat, Dia amat merindukan akan ibunya adalah salah. Ayat yang betul ialah: a. Dia amat rindu akan ibunya. b. Dia amat merindui ibunya dan c. Dia amat merindukan ibunya. Perkataan merindukan dan merindui bermaksud rindu akan dan boleh diikuti dengan objek bernyawa. Kesimpulannya, tidak semua aspek tatabahasa bahasa Melayu dapat dipastikan betul atau salah melalui rumus. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Bagaimanakah untuk menentukan penggunaan partikel -kah di belakang kata kerja? Contoh : menambah pengetahuan atau menambahkan pengetahuan | Berkenaan dengan soalan anda, adakah soalan tersebut merujuk penggunaan partikel -kah atau -kan? Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, berkemungkinan soalan tuan merujuk kepada penggunaan -kan iaitu menambah dan menambahkan. Untuk kata kerja lazimnya yang ada -kan diikuti sesuatu (tidak bernyawa), manakala kata kerja yang tiada -kan diikuti objek hidup atau bernyawa seperti manusia atau haiwan. Terima kasih. | Tatabahasa | 06.06.2020 |
Salam sejahtera, Saya ada terbaca satu soalan di laman http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=akan+kan&d=10 dan saya kurang memahami jawapan yang diberikan oleh pihak DBP . Soalanya berbunyi : " Encik, Saya amat keliru dengan penggunaan perkataan 'memalukan'. Adakah munasabah perkataan 'malu', iaitu kata adjektif, tetap menjadi kata adjektif jika dibubuh imbuhan me-N...kan? Bukankah setiap perkataan apabila dibubuh imbuhan me-N...kan akan menjadi kata kerja transitif, iaitu perlu diikuti oleh objek. Justeru, manakah antara ayat-ayat berikut yang betul dan tepat dari segi tatabahasa? 1. Perbuatan Ali memalukan. 2. Perbuatan Ali amat memalukan. 3. Perbuatan Ali memalukan kami. 4. Perbuatan Ali amat memalukan kami. Sila berikan penjelasan. " Adakah KESEMUA ayat yang diberikan oleh individu itu betul dan sekiranya betul , adakah hukum " men ... an " , disusuli dengan + objek tidak hidup , itu tidak dipatuhi ? Contoh : Perbuatan Ali amat memalukan kami. (KAMI ialah objek hidup dan seharusnya ' me ... an ' perlu diikuti dengan objek tidak bernyawa , Contohnya ... Dia menghadiahkan hadiah itu kepada kami. BUKANNYA ... Dia menghadiahkan kami hadiah itu . (sepatutnya menghadiahi kami). Terima kasih & maaf kerana mengganggu. ChoyHH ( choy862003@yahoo.com) | Malu ialah kata adjektif dan apabila menerima apitan meN-...-kan (memalukan) menjadi kata kerja transitif. Walau bagaimanapun kata memalukan juga boleh berfungsi sebagai kata adjektif dan dapat didahului oleh kata penguat. Oleh itu, ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Perbuatan Ali amat memalukan - memalukan berfungsi sebagai kata adjektif dan dapat didahului oleh kata penguat; dan objek dalam ayat ini digugurkan. 2. Perbuatan Ali memalukan kami - memalukan sebagai kata kerja transitif dan diikuti dengan objek (bernyawa). 3. Perbuatan Ali amat memalukan kami - memalukan berfungsi sebagai kata adjektif dan dapat didahului dengan kata penguat. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Selamat sejahtera, Banjir kilat telah menenggelamkan/menenggelami kereta-kereta penghuni kota . Soalan : 1. penggunaan "menenggelamkan" atau "menenggelami "yang betul? Sila jelaskan. 2. Adakah "kereta-kereta penghuni kota" menyalahi hukum tatabahasa ? Jelaskan Membaca merupakan satu hobi berbentuk riadah . 1. Adakah "berbentuk" kata kerja tak transitf (KKTT) Terdapat segolongan penduduk terlupa bahawa maju mundur sesebuah negara amat bergantung pada rakyatnya yang berilmu. 1. Adakah kata 'terdapat", "terlupa","bergantung" dan "berilmu" KKTT. Tolong jelaskan sebab. Terima kasih. | Cikgu terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Imbuhan meN....i digunakan untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif manakala iambuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Atau pada kebiasaannya imbuhan yang berakhir dengan i....ditujukan kepada benda hidup dan ...kan pada benda tidak hidup. Walau bagaimanapun sila rujuk mana-mana buku tatabahasa untuk penjelasan lanjut. Terima kasih | Tatabahasa | 21.05.2009 |
Apakah Perbezaan antara slogan dan tema. Mohon contoh sekali. | Dalam kamus Dewan, slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. berslogan mempunyai slogan. berslogankan mempunyai sesuatu sebagai slogan; bercogankatakan: Perjuangan mereka ~ Hidup Melayu. Manakala tema (téma) ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dalam kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sebagai tema, berdasarkan tema (yang tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan.
| Tatabahasa | 11.09.2013 |
apakah bezanya bumiputera dng melayu | Kamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah. Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu. | Tatabahasa | 28.11.2012 |
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan kedudukan bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulaupulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan". | Istilah | 09.04.2013 |