yang manakah penggunaan yang betul? 1. Hidupnya berubah 360 darjah/ hidupnya berubah 180 darjah? 2. Perlukah tanda (,) sebelum perkataan 'kan' yang bukan imbuhan. | 1. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Ayat yang lebih tepat bergantung pada perubahan sama ada 360 atau 180 darjah yang hendak dinyatakan. 2. Dalam data kami, -kan merupakan imbuhan akhiran. Dalam penulisan kreatif (novel), penggunaan -kan yang bukan imbuhan selalu dijumpai. Penggunaan tersebut biasanya digunakan dalam dialog (bahasa percakapan), iaitu singkatan bagi perkataan bukan. Jika itu yang dimaksudkan, sebelum perkataan bukan hendaklah diletakkan tanda koma. | Tatabahasa | 15.11.2013 |
Soalan 1. Ayat 1 : "Dia sudah dewasa tetapi hidupnya masih bergantung pada orang tuanya". Mengapakah kata sendi nama "pada" digunakan tetapinya bukan "kepada". Apakah alasannya yang menjadikan ayat ini gramatis. | Dia sudah dewasa tetapi hidupnya masih bergantung pada orang tuanya. Satu daripada penggunaan kata sendi nama "pada" adalah untuk menunjukkan maksud sandaran bagi kata kerja berkenaan. Kata sendi nama "pada" berfungsi sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274 - 275.
| Tatabahasa | 07.09.2021 |
Saya ingin meminta pertolongan untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat "Ali langsung tidak berniat untuk menghebahkan kepayahan hidupnya kepada orang lain". Terima kasih. | Cadangan penggunaan ayat yang betul ialah "Ali tidak berniat untuk menghebahkan kepayahan hidupnya kepada orang lain". | Tatabahasa | 02.03.2022 |
Dia sudah agak dewasa tetapi hidupnya masih bergantung kepada ibu bapanya. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat ini ?? | Ayat yang betul ialah "Dia sudah dewasa tetapi masih bergantung hidup kepada ibu bapanya." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini: Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya. [atau begini:] Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini, "Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya." [yang mana satu yang tepat?] | Yang kedua lebih tepat, iaitu menggunakan tanda petik yang merujuk petikan. | Lain-lain | 17.11.2011 |
apakah maksud karma? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, karma ialah semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia; 2. kerama, kutuk, sumpah: contoh ayat ; Tak seorang pun yg terlepas daripada karmanya. | Makna | 10.02.2013 |
apakah maksud tata krama? | Tatakarma bermaksud aturan, susunan atau sistem semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia. | Makna | 24.05.2010 |
Adakah penggunaan kata sendi nama dalam ayat berikut betul... Keluarga Aiman hanya bergantung kepada derma orang ramai untuk menyara hidupnya. | Penggunaan kata sendi dalam ayat tersebut adalah betul | Tatabahasa | 23.07.2019 |
Saya ingin meminta pertolongan untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat "Ali langsung tidak berniat untuk menghebahkan kepayahan hidupnya kepada orang lain". Terima kasih. | Ayat yang diberikan tidak mempunyai kesalahan. | Tatabahasa | 21.02.2022 |
1. perkataan tertusuk dan tertikam a. Tayar kereta itu pancit kerana _____ sebatang paku yang tajam. ( adakah kedua-dua perkataan tersebut boleh diterima?) 2. Walaupun dan semenjak a. ______ hidupnya susah, Encik Surej mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. ( adakah kedua-dua perkataan tersebut boleh diterima?) 3. Siapakah yang selalu datang awal ke sekolah? a. Kami tidak tahu siapa yang selalu datang awal ke sekolah. b. Mei Ling dan Gan Boon selalu datang awal ke sekolah. ( Kedua-dua jawapan tersebut boleh diterima? ) 4. "Abang, saya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolah," kata Rajesh kepada abangnya. a. Rajesh memberitahu abangnya bahawa dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolahnya. b. Abang Rajesh diberitahu oleh adiknya bahawa dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolah. ( Kedua-dua jawapan tersebut boleh diterima? ) | Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Tayar kereta itu pancit kerana tertusuk sebatang paku yang tajam. 2. Walaupun hidupnya susah, Encik Surej mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. 3. b. Mei Ling dan Gan Boon selalu datang awal ke sekolah. 4. a. Rajesh memberitahu abangnya bahawa dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolahnya. | Tatabahasa | 14.05.2014 |