Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hié.rar.ki] | هيررکي

Definisi : (hiérarki) susunan atau kedudukan tinggi rendah (dlm organisasi, masyarakat, dsb) berdasarkan taraf atau kekuasaan: syarat ke­masukan ke dlm ~ syarikat dan peluang utk mencapai kedudukan tinggi sebahagian besarnya ditentukan oleh tingkat pendidikan; berhierarki mempunyai hierarki: masyara­kat kasta secara unggulnya ~ sifatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hié.rar.ki] | هيررکي

Definisi : /hirarki/ tatatingkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hierarki (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kedudukan, tingkat, tangga, paras, struktur, skala, gred.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan kata ganti diri dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam kekeluargaan serta kedudukanny dalam masyarakat amnya,sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan yang tersebut di atas?Kata nama diri dan sapaan digunakan mengikut kedudukan seseorang dalam keluarga dan masyarakat. Ini menunjukkan hierarki kedudukan berdasarkan usia dan susun galur seseorang dalam keluarga atau rajah keluarga ataupun gelaran yang diterima berdasarkan pangkat, sumbangan dan anugerah. Bagi mendapatkan keterangan lanjut berkenaan kata ganti diri dan sapaan , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku-buku tatabahasa bahasa Melayu di pasaran.Lain-lain05.09.2007
Antara CARTA ORGANISASI dan CARTA ORGANISASI FUNGSI, adakah ianya sama atau berbeza, jika berbeza, apakah bezanya. Terima kasih.

Secara umumnya, Carta Organisasi menerangkan struktur organisasi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit yang distrukturkan mengikut  hierarki jawatan, nama pegawai dan pecahan program/fungsi.

Secara umum, Carta Fungsi menerangkan pecahan fungsi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit dan Carta Fungsi ini menerangkan perincian setiap tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan bagi setiap program/fungsi. 

Untuk keterangan lanjut, tuan boleh merujuk kepada buku-buku pengurusan yang terdapat di pasaran.

Lain-lain23.06.2009

Kembali ke atas