1. mutiara kata atau kata mutiara? 2. hikmah kata atau kata hikmah ? 3. pembuka kata atau kata pembuka? 4. madah kata atau kata madah ? | Perkataan yang betul ialah 1. mutiara kata 2. kata hikmah 3. pembuka kata 4. madah | Ejaan | 01.02.2012 |
apakah perkataan hikmat dan hikmah itu ada kalanya seerti dan boleh digunakan secara berselang-seli (interchangeably) seperti ibadah dan ibadat? jejari jejari@gmail.com | Berikut disertakan makna 'hikmat' dan 'hikmah' untuk saudara teliti perbezaannya. Hikmat:1. kepandaian, bijaksana 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu. Hikmah: 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb). | Makna | 08.08.2009 |
Mohon ejaan Jawi bagi perkataan-perkataan berikut: 1. Tokku Paloh 2. Tok Kenali 3. Datok Bahaman 4. Baitul Hikmah Terima kasih. Wassalam. | Seperti Lampiran | Ejaan | 28.06.2013 |
Salam. Saya ingin menyemak ejaan jawi untuk perkataan seperti halal, haram, hikmah, haji yang mana menggunakan ه di pangkal perkataan seperti: هلال، هرام، هج، هكمه dan bukannya menggunakan ح Adakah ejaan ini tepat kerana ada pendapat bahawa ejaan itu salah. Mohon penjelasan. | Waalaikumussalam. Ejaan Jawi yang betul ialah: Halal حلال 1"> Haram حرام 1"> Haji حج 1"> Hikmah حکمە Untuk pengetahuan tuan, terdapat ejaan Jawi yang tidak tepat jika dirujuk pada PRPM. Untuk mendapatkan jawapan yang tepat, sila rujuk buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU RUMI-SEBUTAN-JAWI EDISI KEDUA terbitan DBP. | Ejaan | 18.08.2017 |