TUAN/PUAN TOLONG E-MEL KAN KEPADA SAYA KATA-KATA HIKMAT? | Kata hikmat ialah perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yang tinggi. Contoh kata hikmat ialah "Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta nasihat", Jika mahu menjadi manusia yang berjaya, jangan sekali-kali memikirkan tentang kegagalan", Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu kenalilah diri anda sebelum anda mengenali orang lain". Untuk maklumat lanjut, saudara digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Lain-lain | 20.07.2009 |
apakah perkataan hikmat dan hikmah itu ada kalanya seerti dan boleh digunakan secara berselang-seli (interchangeably) seperti ibadah dan ibadat? jejari jejari@gmail.com | Berikut disertakan makna 'hikmat' dan 'hikmah' untuk saudara teliti perbezaannya. Hikmat:1. kepandaian, bijaksana 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu. Hikmah: 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb). | Makna | 08.08.2009 |
Benarkah ungkapan “kata pujangga” perlu ditukar menjadi “kata-kata pujangga” seperti lazimnya kita menggunakan ungkapan “kata-kata hikmat”? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kata ini membawa makna yang sama dengan kata hikmat. Saudara boleh menggunakan kedua-dua kata ini secara tunggal atau mengulanginya mengikut penggunaan dalam teks atau wacana saudara. | Lain-lain | 23.02.2009 |
dalam penulisan novel, surat khabar, artikel dan rencana, untuk memasukkan perumpamaan, peribahasa, kata-kata hikmat, hadis dan firman Allah s.w.t dalam penulisan yang dinyatakan diatas, perlukah diletakkan penutup kata? atau mungkin perlu diletakkan simbol lain? | Penulisan perumpamaan, peribahasa, kata-kata hikmat, hadis dan firman Allah SWT dalam penulisan novel, surat khabar, artikel dan rencana perlu diletakkan tanda petik (" "). | Lain-lain | 08.02.2011 |
Adaka peribahasa/slogan/kata-kata hikmat dll perlu ditulis dengan tanda baca pengikat atau petik. Contohnya "seperti aur dengan tebing" atau tidak semestinya begitu? Minta penjelasan. terima kasih | Contoh yang diberi ialah peribahasa dan tidak memerlukan tanda pengikat kata/petik melainkan jika mahu diserlahkan frasa tersebut. Bagi slogan seperti "Bahasa Jiwa Bangsa" dalam teks tidak perlu diletak tanda petik melainkan pada penutup surat dan setiap awalan hurufnya ditulis dengan huruf besar . | Tatabahasa | 24.04.2012 |
perlukan senarai peribahasa dan kata hikmat berkenaan keselamatan , keceriaan dan kebersihan harap dapat berikan senarai yang diperlukan untuk dilukis sebagai mural keselamatan pelajar sekolah terima kasih | Sila kunjungi perpustakaan yang berdekatan. Buku peribahasa yang boleh dijadikan rujukan ialah Kamus Istimewa Peribahasa terbitan DBP. | Lain-lain | 09.02.2010 |
Apakah sinonim bagi "mutiara kata"? | Perkataan yang bersinonim dengan mutiara kata ialah kiasan kata dan kata hikmat. | Tatabahasa | 14.08.2013 |
"Syurga itu di bawah telapak kaki ibu' dikategorikan sebagai apa ya? Bolehkan dikategorikan sebagai peribahasa? Terima kasih. | Ungkapan 'Syurga itu di bawah telapak kaki ibu' bukan peribahasa Melayu. Ungkapan ini merupakan kata hikmat yang sering digunakan sebagai tajuk karya, cerita dan sebagainya. | Lain-lain | 02.02.2011 |
Saya sudah biasa menggunakan ungkapan “mutiara kata”. Tajuk buku “Mutiara Kata Sasterawan Negara” terbitan DBP menunjukkan penggunaan ungkapan itu sudah mantap. Saya mendapati “mutiara kata” ialah istilah Malaysia dan Brunei bagi apothegm. Namun, saya menjadi serba salah apabila ada rakan ahli bahasa di Malaysia cuba mempopularkan ungkapan “kata mutiara”, iaitu istilah yang diterima di Indonesia. Apakah nasihat pihak KNDBP kepada saya? | Berdasarkan aturan Hukum D - M dan beranalogikan ungkapan "kata hikmat", maka ungkapan "kata mutiara" adalah yang paling tepat. Walau bagaimanpun ungkapan "mutiara kata" juga boleh digunakan dan penggunaan ini telah mantap dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 01.05.2012 |