| Apakah asas bahasa, pertuturan atau tulisa? Soalan ini berkait rapat dengan Bahasa Melayu yang dahulunya teras agama iaitu Islam begitu kukuh hinggakan pertuturan dan penulisan menggunakan fonetik 'arab sama ada dalam penulisan jawai mahupun rumi. Sekarang yang mana satu menjadi teras, teras Islam atau sebaliknya kerana penulisan atapun pertuturan menjadi masalah jika menulisa atau membaca jawi ataupun rumi. | Untuk makluman tuan maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun kami akan menjawab soalan tersebut dengan sumber yang ada. (Harap maaf jika jawapan ini tidak menjawab secara persis soalan saudara). Dalam perancangan bahasa, aspek Bahasa Melayu Baku memberikan tumpuan kepada pembinaan bahasa yang lengkap dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya, dan betul sebutan dan intonasinya. Merujuk kepada huraian tersebut, tulisan dan lisan kedua-duanya seiring dalam pembinaan bahasa Melayu baku. Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata, malah tatabahasa, ejaan dan laras yang digunakan haruslah baku, yakni standard. Dalam rancangan pembakuan sistem ejaan Rumi terdapat beberapa sistem ejaan yang pernah wujud. Berkemungkinan dalam proses tersebut terdapat sistem ejaan yang mempunyai pengaruh Islam/bahasa Arab. Kini, sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah disempurnakan pada tahun 1972 dan dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. | Lain-lain | 21.03.2013 |
| Kata sehingga dan hingga sama penggunaannya? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat hingga membawa pelabagi maksud, iaitu : 1. garis yang terakhir, batas; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll); dan makna terakhir 3. hingga = sehingga, hinggakan, sehinggakan iaitu sampai pada keadaan. Oleh itu, hingga dan sehingga sama sahaja penggunaannya | Tatabahasa | 05.12.2012 |
| Saya menghadapi masalah dalam penggunaan perkataan 'hingga' dan 'sehingga'. Contoh: .. jumlah perbelanjaan sehingga Disember 2020 .. jumlah perbelanjaan hingga Disember 2020 .. jumlah perbelanjaan dari bulan Januari hingga Jun 2020 .. jumlah perbelanjaan dari bulan Januari sehingga Jun 2020 | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hingga membawa maksud 1. garis yang terakhir, batas 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll), sampai pada ketika ini, 3. sehingga, hinggakan , sehinggakan sampai pada keadaan (masa dll), sampai menjadi 4. sastera lama setelah (sudah) (muka surat 538) Berdasarkan maksud ini, kedua-dua hingga dan sehingga boleh digunakan dalam ayat contoh yang diberikan. Sekian, terima kasih. | Istilah | 03.09.2020 |
| Apakah penggunaan yang betul sama ada sehingga kini atau hingga kini. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); maka penggunaan yang betul ialah sehingga kini | Tatabahasa | 27.12.2016 |
| DBP yg dihormati, apakah perbezaan di antara 'hingga' dan 'sehingga'. Perbezaan dari segi penggunaan keduanya. Terima kasih sekali lagi. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat hingga membawa pelabagi maksud, iaitu : 1. garis yang terakhir, batas; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll); dan makna terakhir 3. hingga = sehingga, hinggakan, sehinggakan iaitu sampai pada keadaan. Oleh itu, hingga dan sehingga sama sahaja penggunaannya. | Tatabahasa | 21.05.2010 |
| assalamualaikum... soalan, apakah yang membezakan perkataan hingga dengan sehingga, peninju dengan petinju, jawapan dengan jawaban, sejak dengan semenjak. boleh jelaskan dengan memberi contoh ayat. terima kasih | Waalaikumsalam, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju ialah 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; manakala petinju ialah orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelanggang. Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan. Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak. | Makna | 12.03.2013 |
| Saya masih keliru tentang penggunaan kata sendi dari dan hingga/sehingga. Adakah ungkapan “dari pagi hingga/sehingga ke petang” betul? Jika silap, mohon penjelasan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); Oleh itu ungkapan 'dari pagi hingga /sehingga petang boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.11.2009 |
| Selamat sejahtera, mohon pencerahan tentang 2 soalan: 1) Apakah beza konkrit "Hingga" dan "Sehingga" ? Adakah Hingga hanya untuk batasan had jelas seperti masa dan harga. Dan Sehingga untuk batasan seperti apa? 2) Apakah padanan perkataan BM yang sesuai untuk "Browse" - contohnya seperti "Browse our products". Adakah "Lihat produk kami" atau ada padanan lain? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 775, sehingga merupakan kata sendi nama yang bermaksud sampai menjadi atau sampai pada sesuatu keadaan; hingga; hinggakan. Oleh itu, hingga dan sehingga mendukung makna yang sama. Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Manakala, sehingga digunakan sama maksud dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Contoh: Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat. | Tatabahasa | 11.07.2024 |
| Bilakah kita menggunakan perkataan "pakai' dan 'guna'? dan perkataan 'sampai' dan 'hingga'? Apakah maksud dengan "...dia minggir diri tiga kali" Terima kasih | guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); | Makna | 05.12.2007 |