Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.per.ak.tif] | هيڤراکتيف

Definisi : terlampau cergas pergerakannya sehingga sukar dikawal, biasanya kanak-kanak; kehiperaktifan perihal (keadaan atau sifat) hiperaktif: masalah ~ kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.per.ak.tif] | هيڤراکتيف

Definisi : ist terlampau cergas pergerak­annya sehingga sukar dikawal (biasanya ttg kanak-kanak). kehiperaktifan perihal atau keadaan hiperaktif: Masalah ~ kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hiperaktif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan hiper digunakan dengan penggunaan berikut; 'kelajuan hiper' 'definisi hiper' 'rangkaian hiper'?Salam sejahtera,


Hiper- merupakan awalan asing terlampau atau terlebih daripada  normal, contohnya, hiperaktif dan hipersensitif. 
Hiper- tidak digunakan pada semua perkataan. Hanya perkataan tertentu sahaja.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa22.10.2018
Apakah terma atau istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat berkenaan 'Hyper Speed for Hyper Detail'? Adakah penggunaan terjemahan 'Kelajuan Hiper untuk Perincian Hiper' dibenarkan?Dalam data rujukan kami hiper bermaksud awalan asing terlampau atau terlebih daripada normal, misalnya hiperaktif dan hipersensitif. Berdasarkan carian kami, tiada istilah khusus bagi perkataan hyper detail dan hyper speed. Perkataan tersebut merupakan kata umum yang boleh diterjemahkan mengikut konteks penggunaan seperti berlebihan atau lampau.Penyemakan dan penterjemahan17.08.2018
Assalamualaikum 1. Guru yang mempunyai pengalaman lebih lama lebih tinggi tahap efikasi berbanding guru yang lebih junior. Adakah frasa "yang mempunyai pengalaman lebih lama" lebih sesuai dengan digantikan dengan kata senior? Kenapa? 2. Guru yang memiliki efikasi kendiri dan efikasi mengajar menyumbang kepada perubahan tingkah laku positif murid. Adakah kata efikasi pada frasa efikasi mengajar perlu digugurkan? 3. Hiperaktif merupakan kategori masalah penyesuaian tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga enam tahun. Apakah tepat penggunaan kata dilakukan dalam konteks ayat di atas? Adakah kata ditimbulkan atau dicetuskan lebih tepat? Terima kasihWa alaikum salam.

Jawapan bagi soalan 1: Daripada sudut tatabahasa, kedua-dua frasa iaitu "Guru yang mempunyai pengalaman lebih lama" dan "senior" boleh digunakan dan betul penggunaannya. Walau bagaimanapun, daripada sudut kesopanan dan aspek semantik, frasa "yang mempunyai pengalaman lebih lama" lebih sesuai digunakan.

Jawapan bagi soalan 2: Kekalkan frasa "efikasi mengajar" dalam ayat tersebut.

Jawapan bagi soalan 3: Penggunaan kata "ditimbulkan" lebih tepat dalam konteks ayat tersebut.

Makna31.05.2017

Kembali ke atas