Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Lin) ungkapan (penyataan dsb) kiasan yg berlebih-lebihan atau dibesar-beĀ­sarkan utk memperoleh kesan tertentu dan tidak bertujuan ditafsirkan secara harfiah, mis askar raja itu berlaksa-laksa banyaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hiperbola II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya amat keliru tentang jenis-jenis gaya bahasa. Soalan saya: i. Adakah kata ganda merupakan salah satu daripada gaya bahasa? kerana kebanyakan buku rujukan menyatakan kata ganda merupakan salah satu jenis gaya bahasa. Kalau betul, bagaimana pula dengan kata majmuk, kata nama, kata sendi nama, kata adjektif ? ii. adakah unsur bunyi seperti asonansi dan aliterasi merupakan salah satu daripada gaya bahasa?Kata ganda ialah bentuk kata dan bukan gaya bahasa. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa  kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Manakala gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi,  simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain.
Tatabahasa04.07.2015

Kembali ke atas